- Administrator
- Uncategorised
- Hits: 19
SESI BERGAMBAR KORPORAT, INDIVIDU, STAF UiTM CAWANGAN TERENGGANU 3.0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Perkara di atas adalah dirujuk.
Sesi bergambar ini diadakan bagi tujuan kegunaan rasmi universiti seperti penyediaan poster hebahan, carta organisasi atau lain-lain keperluan yang berkaitan. Sesi tersebut adalah bagi:
1) Staf yang masih belum mengambil gambar korporat pada sesi terdahulu,
2) Staf baharu melapor diri ke UiTM Cawangan Terengganu bermula Mac 2024,
3) Staf yang ingin mengemaskini gambar korporat mengikut tahun terkini.
Jadual sesi bergambar dan etika pakaian adalah seperti lampiran:


- Seluar slack berwarna gelap (dark blue/hitam). Khakis atau jeans tidak dibenarkan
- Kasut bertutup berwarna gelap. (kasut sukan atau sneakers tidak dibenarkan)
- Baju Korporat UiTM (dark blue) atau
- Bagi staf yang dibekalkan pakaian seragam, mohon untuk memakai pakaian seragam atau
- Lounge suit (blazer, tali leher, berkemeja dan tanda nama
Wanita:
- Baju kebangsaan (baju kurung) atau
- Baju Korporat UiTM (dark blue) atau
- Bagi staf yang dibekalkan pakaian seragam, mohon untuk memakai pakaian seragam atau
- Lounge suit (blazer dan kain/seluar berwarna sama dan tanda nama)
**Tudung satu warna sahaja (elakkan tudung bercorak/berwarna-warni) dan elakkan memakai tudung berwarna putih/cream/light grey.