Webinar kesedaran keselamatan siber bertajuk "Ransomware and Phishing: How to Recognize and Prevent Attacks".

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan Salam Sejahtera

Y. Bhg. Dato' / Datin / Prof. / Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk,

Bahagian Infostruktur ingin menjemput Y. Bhg. Dato' / Datin / Prof. / Tuan / Puan untuk menyertai webinar kesedaran keselamatan siber bertajuk "Ransomware and Phishing: How to Recognize and Prevent Attacks".
Maklumat webinar adalah seperti butiran berikut :-

Tajuk : Ransomware and Phishing: How to Recognize and Prevent Attacks
Tarikh : 4 Jun 2025
Masa : 2.30 - 4.30 petang
Aplikasi google meet: https://meet.google.com/hxc-txiu-dbt

Webinar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai ancaman siber yang semakin meningkat, khususnya berkaitan ransomware dan serangan phishing, serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil bagi melindungi data dan sistem ICT organisasi. Penceramah jemputan adalah pakar dalam bidang keselamatan siber dan akan turut berkongsi kajian kes serta pengalaman sebenar dalam mengendalikan insiden keselamatan siber. Jam latihan disediakan kepada semua staf menyertai webinar ini.

Kerjasama dan sokongan Y. Bhg. Dato' / Datin / Prof. / Tuan / Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

13023910
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
14881
17442
152984
12753846
816366
866475
13023910

Your IP: 10.0.31.50
2025-05-31 22:19

CONTACT US

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu, MALAYSIA.

Tel   : +609 8400 400
Faks : +609 8400 107

 

 

 

e-Book Cerita Kampus