SESI BERGAMBAR KORPORAT, INDIVIDU, STAF UiTM CAWANGAN TERENGGANU 3.0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sesi bergambar ini diadakan bagi tujuan kegunaan rasmi universiti seperti penyediaan poster hebahan, carta organisasi atau lain-lain keperluan yang berkaitan. Sesi tersebut adalah bagi:
1) Staf yang masih belum mengambil gambar korporat pada sesi terdahulu,
2) Staf baharu melapor diri ke UiTM Cawangan Terengganu bermula Mac 2024,
3) Staf yang ingin mengemaskini gambar korporat mengikut tahun terkini.

Jadual sesi bergambar dan etika pakaian adalah seperti lampiran:

 
Etika Pemakaian bagi Sesi Bergambar:
Lelaki:
  • Seluar slack berwarna gelap (dark blue/hitam). Khakis atau jeans tidak dibenarkan
  • Kasut bertutup berwarna gelap. (kasut sukan atau sneakers tidak dibenarkan)
  • Baju Korporat UiTM (dark blue) atau
  • Bagi staf yang dibekalkan pakaian seragam, mohon untuk memakai pakaian seragam atau
  • Lounge suit (blazer, tali leher, berkemeja dan tanda nama

Wanita:
  • Baju kebangsaan (baju kurung) atau
  • Baju Korporat UiTM (dark blue) atau
  • Bagi staf yang dibekalkan pakaian seragam, mohon untuk memakai pakaian seragam atau
  • Lounge suit (blazer dan kain/seluar berwarna sama dan tanda nama)

**Tudung satu warna sahaja (elakkan tudung bercorak/berwarna-warni) dan elakkan memakai tudung berwarna putih/cream/light grey.
 
Sebarang pertanyaan dan masalah boleh menghubungi Puan Roziani Mohamad(Gee) di talian 1295 atau melalui www.wasap.my/60148045714
 
Sekian, terima kasih.
13024370
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
15341
17442
153444
12753846
816826
866475
13024370

Your IP: 10.0.31.50
2025-05-31 23:13

CONTACT US

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu, MALAYSIA.

Tel   : +609 8400 400
Faks : +609 8400 107

 

 

 

e-Book Cerita Kampus