السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan Salam Sejahtera
YBhg.Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
Soal Selidik CerBiS UiTM Cawangan Terengganu
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Soal selidik CerBiS dijalankan untuk mendapatkan pandangan dan persepsi staf dan pelajar UiTMCT terhadap pengurusan persekitaran di UiTMCT bagi ketiga-tiga kampus (Dungun, Bukit Besi dan Kuala Terengganu). Maklumbalas yang diterima dari soal selidik ini akan dilapor dan dibentangkan kepada pihak Pengurusan UiTMCT dalam mesyuarat MKSP bagi membolehkan tindakan susulan diambil untuk tujuan penambahbaikan berterusan.
Bagi tahun 2023, kumpulan sasaran untuk menjawab kaji selidik ini adalah semua staf UiTMCT (akademik & sokongan) dan semua pelajar kampus UiTMCT (kecuali kepada pelajar semester 1 Diploma dan Ijazah Sarjana Muda semester Mac - Ogos 2024). Soal selidik secara atas talian boleh dijawab mulai 1 April 2024 sehingga 31 Mei 2024 melalui capaian https://forms.office.com/r/05YsTKJTXy
Kerjasama semua pensyarah untuk menguar-uarkan kepada pelajar masing-masing juga amat dihargai. Untuk makluman, ruangan ID Staf merujuk kepada nombor pekerja. Sekiranya tiada nombor pekerja, tuan/puan bolehlah mengisi nombor kad pengenalan masing-masing. Sebarang cadangan penambahbaikan amat dialu-alukan dengan mengisi bahagian cadangan.
Semoga maklumbalas tuan/puan akan menyumbang kepada penambahbaikan yang signifikan terhadap persekitaran kerja di UiTMCT kita yang tercinta.
Sekian. Terima kasih
اوسها، تقوى، موليا
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Bersempena program JFM6.0, kami berbesar hati menjemput Tuan/Puan membuka booth sumbangan seperti berikut :
Barang – Pakaian Lelaki Dewasa, Wanita dan Kanak-Kanak, Kasut/Selipar/Beg, Permainan Kanak-Kanak, Buku/Majalah, Perkakasan Dapur, Lampin Pakai Buang dan lain-lain.
Servis- Perkhimatan Gunting Rambut, Pemeriksaan Kesihatan, Pemeriksaan Gigi, Konsultasi dan lain-lain.
Bahan Mentah – Beras, Minyak, Gula, Garam, Telur, Kopi, Teh, Bihun, Susu Pekat, Susu Tepung, Tepung, Kicap, Sos dan lain-lain.
Makanan dan minuman berbungkus – Roti, Kuih-Muih, Air Kotak, Air Mineral, Nasi Bungkus dan lain-lain.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Puan Noorazlin binti Ramli www.wasap.my/60123730266
Puan Jazira binti Anuar www.wasap.my/60122083787
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Profesor/Dr/Tuan/Puan
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Islam dan PEWANI Cawangan Terengganu ingin menjemput semua STAF WANITA UiTMCT menyertai Tahsin Al-Quran bersempena Semarak Ihya Ramadhan 1445H
Butiran adalah seperti berikut:
Tarikh & Mentor :
🌸 25 Mac 2024 : PM Dr Wan Noor Hazlina Wan Jusoh
🌸 27 Mac 2024 : Dr Farah Safura Muhammud
🌸 1 April 2024 : Ustazah Nabihah Muhammad
🌸 4 April 2024 : Dr Nor Adila Mohd Noor
Masa : 10 pagi - 11 pagi
Tempat: Bilik Seminar High Impact, Unit Kualiti, Bangunan Integriti
Sila isi link berikut untuk sertai:
https://forms.gle/6uboBffqfithawEr9
- Terbuka kepada semua STAF WANITA UiTMCT
- Jam latihan disediakan
Terima kasih✨
#UHEIUiTMCT
#UiTMDihatiku
#UiTMCawanganTerengganu