Unit Pentadbiran

Puan Ruslinda Razak
Ketua Unit
Ketua Unit
Unit Pentadbiran merupakan nadi utama universiti dan memainkan peranan sebagai unit yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan kampus.
Fungsi Unit Pentadbiran boleh dibahagikan kepada 5 unit seperti berikut:
- Pengurusan Sumber Manusia
- Pembangunan Sumber Manusia
- Pentadbiran Am
- Pengurusan Kenderaan
- Pengurusan Khidmat Pelanggan
Objektif
Mewujudkan pengurusan yang cekap dan berkesan melalui sistem pengurusan yang mudah dan pantas serta perkhidmatan berfokus kepada pelanggan melalui penerapan nilai-nilai murni dan amalan Pengurusan Kualiti Menyeluruh.
Mewujudkan pengurusan yang cekap dan berkesan melalui sistem pengurusan yang mudah dan pantas serta perkhidmatan berfokus kepada pelanggan melalui penerapan nilai-nilai murni dan amalan Pengurusan Kualiti Menyeluruh.
Kami bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang bagi memenuhi dan mengurus keperluan staf akademik & pentadbiran dan pelajar UiTM Kampus Kuala Terengganu. Kami beriltizam memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan mengikut jangkamasa yang dijanjikan seperti berikut:
- Memastikan semua pekeliling, kursus dan seminar dimaklumkan serta diedarkan.
- Menguruskan pembayaran bil telefon, rawatan perubatan, penyelenggaraan kenderaan dan penggunaan minyak.
- Memproses permohonan penggunaan kenderaan mengikut tarikh tempahan.
- Menguruskan semua surat masuk dan menyerahkan kepada Ketua Jabatan.
- Menyediakan maklumat berkaitan dengan perjawatan dan perkhidmatan kakitangan.
- Menyediakan Surat Pengesahan Majikan dan Surat Jaminan Hospital.
- Menjawab panggilan telefon rasmi.
- Menguruskan tuntutan Klinik Panel dan Bukan Klinik Panel.
- Menguruskan Isytihar Harta
- Urusan Cuti Staf


- Borang Permohonan Penganjuran Program
- Borang Permohonan Jam Latihan
- Borang Permohonan Sambung Belajar.
- Borang Maklum Balas Penilaian Kertas Kerja
