UNIT HAL EHWAL ISLAM

Image
Mohd Shahnizam Azmi
Ketua Unit

  • Unit Hal Ehwal Islam atau dulu dikenali sebagai Unit Agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah diperkenalkan pada 3 Mac 1971.
  • Pada awal penubuhan, unit ini hanya dikendalikan di kampus Shah Alam oleh seorang Pegawai Penasihat Agama. Memandangkan perkembangan UiTM dari masa ke semasa dari segi pertambahan bilangan pelajar dan penubuhan cawangan-cawangannya di seluruh Malaysia, maka sekarang ini jumlah pegawainya ditambah. Pegawai-pegawai tersebut diagihkan penempatannya mengikut keperluan di kampus induk dan cawangan-cawangan.

    OBJEKTIF

    1. Memperkukuhkan penyebaran ilmu dan pemikiran serta kefahaman Islam melalui program bukan akademik yang berkualiti.
    2. Menawarkan kursus/program/seminar dan memfokus kegiatan keilmuan dalam pelbagai disiplin di Universiti mengikut perspektif Islam.
    3. Menyelaras program pengembangan ilmu dan kefahaman Islam
PENGENALAN

  1. Di kampus cawangan Kuala Terengganu, Unit Agama ditubuhkan bersama penubuhan UiTMCT Kuala Terengganu, dan kemudiannya nama Unit Agama ditukarkan kepada CITU Hal Ehwal Islam di bawah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU).
  2. Pada tarikh 21 Mei 2013, Centre for Islamic Thought and Understanding, telah di naik taraf kepada Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), sejajar dengan perkembangan ini, CITU Hal Ehwal Islam turut diangkat menjadi Bahagian Hal Ehwal Islam di bawah naungan ACIS. Namun, kini dipanggil nama Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) dan bukan lagi dibawah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS).
  3. Pengurusan UHEI kini terus di bawah naungan Rektor (Kampus Induk) dan Penolong Rektor (Kampus Cawangan) Lokasi Pejabat Unit Hal Ehwal Islam terletak di Bangunan Pentadbiran, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu.
  4. Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelia serta memantau segala program dan aktiviti kerohanian di UiTM selaras dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi teras pegangan aqidah di Malaysia.
  5. Bahagian ini terbahagi kepada tiga unit:

    1. Unit Pengurusan & Imarah Masjid/Surau
    2. Unit Bimbingan & Pendidikan
    3. Unit Dakwah & Khidmat Komuniti
1. Maklumat peribadi klien khidmat bimbingan dan nasihat adalah SULIT.
2. Solat Fardhu dan Jumaat secara berjemaah didirikan TANPA GAGAL.
3. Memproses permohonan bantuan zakat dan sedekah dengan CEPAT DAN EFISYEN
4. Memastikan maklumat dan artikal Islam yang diterbitkan BETUL & BENAR
5. Memastikan program keagamaan mendapat KEBENARAN PIHAK BERWAJIB

Pelawat

3192838
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
867
1010
9524
3173120
34823
80689
3192838

Your IP: 10.0.31.50
2024-12-22 18:57

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA
Cawangan Terengganu
Kampus Kuala Terengganu
21080 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Malaysia

Phone: +6011 - 15587229 (Unit Hal Ehwal Akademik)

 
 
UiTM Bukit Besi Mosque Construction Fund    
       
eBook - Campus Stories      
 Customer Feedback Complaint Form