Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Sukacita dimaklumkan kepada semua pelajar lepasan SPM 2023 serta lepasan SPM 5 tahun sebelumnya (2018, 2019, 2020, 2021 & 2022) yang berminat untuk menyambung pengajian program Pra Diploma UiTM.
SYARAT KEMASUKAN PRA DIPLOMA PERDAGANGAN (tempoh pengajian 1 semester)
Minimum 3 kredit termasuk Bahasa Melayu
LULUS ; Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik@Matematik Tambahan
SYARAT KEMASUKAN PRA DIPLOMA SAINS (tempoh pengajian 1 semester)
Minimum 3 kredit termasuk Bahasa Melayu
LULUS ; Sejarah dan Bahasa Inggeris
KEPUJIAN ; Matematik / Matematik Tambahan (salah satu)
LULUS ; Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan (salah satu
SYARAT KEMASUKAN PRA DIPLOMA SAINS (Aliran STEM C & Sastera) (tempoh pengajian 2 semester)
Minimum 3 kredit termasuk Bahasa Melayu
LULUS ; Sejarah dan Bahasa Inggeris
KEPUJIAN ; Matematik / Matematik Tambahan (salah satu)
SYARAT KHAS; Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam matapelajaran Sains.
SYARAT KEMASUKAN PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM (tempoh pengajian 1 semester)
Minimum 3 kredit termasuk Bahasa Melayu
LULUS ; Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik@Matematik Tambahan
LULUS ; Bahasa Arab / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Turath Bahasa Arab / Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah / Al-Adab Wa Al-Balaghah. (salah satu)
LULUS ; Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah / Turath Dirasah Islamiah / Usul Al-Din / Al-Syariah / Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah. (salah satu)
SYARAT KEMASUKAN PRA DIPLOMA AGROTEKNOLOGI (tempoh pengajian 1 semester)
Minimum 3 kredit termasuk Bahasa Melayu
LULUS ; Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik@Matematik Tambahan
LULUS ; Pertanian / Fizik / Kimia / Biologi / Sains / Sains Tambahan / Ekonomi / Perniagaan / Prinsip Perakaunan / Pengajian Keusahawanan (salah satu)
Kelebihan bagi pelajar daripada keluarga B40 yang mengikuti program Pra Diploma adalah;
a) Tidak perlu membayar yuran pengajian.
b) Percuma kolej kediaman
c) Mendapat elaun sara diri iaitu sebanyak RM800 hingga RM1700 (1 semester) (berdasarkan pendapatan ibubapa)
Bagi pelajar daripada keluarga bukan B40 iaitu pendapatan ibubapanya RM5000 dan ke atas yang mengikuti program Pra Diploma ini, mereka:
a) Perlu membayar yuran pengajian.
b) Perlu membayar yuran kolej kediaman (jika tinggal dikolej)
c) Tidak mendapat elaun diri
Sila layari laman sesawang https://online.uitm.edu.my/pra untuk proses permohonan dengan menggunakan No Pin yang akan diberi secara PERCUMA.
Bagi calon yang tinggal di Terengganu, calon perlu memohon No Pin dengan menghantar email ke alamat email;
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Maklumat yang perlu diberikan dalam email untuk mendapatkan No Pin bagi kemasukan ke Pra Diploma UiTM adalah seperti berikut;
NAMA CALON :
NO MYKAD CALON (tanpa dash) :
NO TEL BIMBIT :
ALAMAT RUMAH :
Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Januari 2025.
Disertakan maklumat program untuk rujukan. <klik Download>
Sekian, terima kasih.
Koordinator Program
Pra Pendidikan Tinggi (PPT)
(dulu dikenali sbg MDAB)
Pensyarah Kanan (QMT & MAT)
UiTM Caw Terengganu, Kampus Dungun
HP: 019-5585008
Salam Sejahtera,
Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Infostruktur akan mengadakan Webinar ICT Siri 4/2024 seperti butiran berikut:
Tajuk: Google Cosmetic
Tarikh/Hari: 7 November 2024/Khamis
Masa: 9.00 hingga 11.00 pagi
Platform: Webex
Pautan: http://bit.ly/4ftj5Vm
Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri webinar ini. Kehadiran akan direkodkan sebagai jam latihan ICT dan e-sijil penyertaan akan diberikan.
Sekian, terima kasih
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera
YBhg. Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI BENGKEL PENERBITAN “HANDS-ON TRAINING FOR SMART-PLS SOFTWARE”
Dengan segala hormatnya, Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU), BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN JARINGAN INDUSTRI, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) akan menganjurkan bengkel Penerbitan “HANDS-ON TRAINING FOR SMART-PLS SOFTWARE” . Berikut adalah maklumat lanjut bengkel seperti berikut:
Tarikh : 26 November – 27 November 2024 (Selasa dan Rabu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5 Petang
Tempat : Dewan Gadung, Hotel UiTM
Penceramah : Prof Madya Dr Abdul Hafaz Ngah (UMT)
Yuran : RM280 (hanya khas untuk warga UiTMCT),
https://uitmpay.uitm.edu.my/otherservices/products/AAT1/02/4129
RM300 (bukan warga UiTMCT)
https://uitmpay.uitm.edu.my/otherservices/products/AAT1/02/4130
** Yuran termasuk makan/minum (3 kali sehari), lesen perisian SmartPLS selama 2 bulan, nota dan bahan bengkel
Tarikh tutup Pendaftaran : 18 Nov 2024
Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan :
https://forms.gle/kAmjywm4Q9R1oqRP9
Sehubungan itu, dijemput semua warga UiTMCT untuk menyertai bengkel ini.
Yang menjalankan amanah,
Dr Nur Idalisa Norddin
Penyelaras Penerbitan
UiTM Cawangan Terengganu
Assalamualaikum dan salam sejahtera😊 Unit Kesihatan UiTMCTKD dengan kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Program "TANPA MENINGGALKAN SESIAPAPUN":MENOKTAHKAN KANSER SERVIKS DI MALAYSIA yang akan diadakan pada : 📝
🩺Tarikh : 12 November 2024
🩺Masa : 9.00 pagi- 3.00 petang
🩺Tempat : Unit Kesihatan UiTMCTKD
🩺Bayaran : PERCUMA SAHAJA!!
Untuk pendaftaran, sila klik link dibawah:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd19oa4rjpWJcAao68gnC-SrQo0ehRt6MYd4c8_bI8sZSG7Mg/viewform
Marilah kita sama-sama mengambil vaksin bagi pencegahan awal sebarang kanser tidak kira lelaki mahupun wanita.🎀
#vaksinHPV
#PersatuanKanserKebangsaanMalaysia
#UnitkesihatanUiTMCTKD
#UiTMdihatiku💜