- Administrator
- Uncategorised
- Jumlah paparan: 49
Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM Cawangan Terengganu (FKE UiTMCT) ditubuhkan pada tahun 2001 dan merupakan satu-satunya fakulti kejuruteraan yang berada di UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT). Penubuhan fakulti itu selaras dengan Perancangan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dalam melahirkan tenaga kerja mahir dalam disiplin sains dan teknologi. Pada awal penubuhan FKE UiTMCT pada tahun 2001, hanya terdapat 3 orang pensyarah bersama seorang staf yang mengendalikan program Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) dengan bilangan pelajar seramai 11 orang.