pengenalan fke

Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM Cawangan Terengganu (FKE UiTMCT) ditubuhkan pada tahun 2001 dan merupakan satu-satunya fakulti kejuruteraan yang berada di UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT). Penubuhan fakulti itu selaras dengan Perancangan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dalam melahirkan tenaga kerja mahir dalam disiplin sains dan teknologi. Pada awal penubuhan FKE UiTMCT pada tahun 2001, hanya terdapat 3 orang pensyarah bersama seorang staf yang mengendalikan program Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) dengan bilangan pelajar seramai 11 orang. 

Pada peringkat awalnya hanya dua program ditawarkan iaitu Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) EE111 dan Diploma Kejuruteraan Elektrik (Sistem) EE113. Kemudian, pada tahun 2013 program Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) EE112 mula ditawarkan. Walaubagaimanapun, program Diploma Kejuruteraan Elektrik (Sistem) telah dikonsolidasi ke dalam program yang sedia ada pada tahun 2018. Pada tahun 2021, FKE telah diletakkan dibawah Kolej Pengajian Kejuruteraan dan dikenali sebagai Pengajian Kejuruteraan Elektrik (PKE). Pada tahun 2024, program Ijazah Sarjana Muda Tekologi Kejuruteraan Elektronik (Sistem Pintar Elektronik) Dengan Kepujian mula ditawarkan. Oleh itu, terdapat 2 program di peringkat Diploma yang ditawarkan pada masa kini iaitu Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) dan Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa), dan 1 program Ijazah Sarjana Muda iaitu Ijazah Sarjana Muda Tekologi Kejuruteraan Elektronik (Sistem Pintar Elektronik) Dengan Kepujian. Kini PKE UiTMCT diterajui oleh 46 orang pensyarah, 8 orang Penolong Jurutera dan seorang Penolong Pensyarah.

8328251
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
647
5576
49006
8041344
384565
207878
8328251

Your IP: 10.0.16.67
2024-07-27 02:51

CONTACT US

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu, MALAYSIA.

Tel   : +609 8400 400
Faks : +609 8400 107

 

 

 

e-Book Cerita Kampus