Profil UiTM Cawangan Terengganu
Falsafah, Visi, Misi, Objektif Universiti & Nilai Warga UiTM
Falsafah
Setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni agar menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan negara.
Visi
Menjadikan UiTM sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan.
Misi
Menjuarai pembangunan bumiputera profesional yang tangkas menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak.
Objektif
- Memperluas akses pendidikan tinggi
- Menyediakan Pendidikan bertaraf dunia
- Menawarkan program akademik yang memenuhi keperluan pasaran, memacu pembangunan negaradan kemakmuran global
- Menghasilkan graduan seimbang berciri keusahawanan yang kompetitif di peringkat global
- Mempertingkatkan penghayatan nilai melalui program pengukuhan.
- Melestarikan kecemerlangan organisasi melalui tadbir urus yang efektif dan efisien
- Menjuarai penyelidikan berimpak melalui ekosistem penyelidikan yang padu
- Memperkasa jaringan strategik dengan alumni dan industri
- Menyediakan ekosistem terkehadapan yang kondusif untuk kemajuan akademik
- Mengawal selia kewangan secara efektif ke arah kelestarian organisasi
Nilai
Kecemerlangan
Mengamalkan kualiti piawai dalaman yang standard bagi memenuhi keperluan dan jangkaan pemegang taruh
Sinergi
Bekerjasama rapat untuk memaksimumkan produktiviti yang memberi manfaat kepada industri dan masyarakat
Integriti
Memupuk nilai kejujuran, hormat dan ketelusan untuk mencapai standard profesionalisme yang tinggi
Sejarah UiTM Cawangan Terengganu
01 July 1975
ITM Kampus Dungun ditubuhkan
01 July 1975
19 Oct 1978
Peletakan Batu Asas Kampus Tetap
01 Jan 2008
UiTM ambilalih Kolej Yayasan Terengganu (KYT)
01 Jan 2008
01 Jun 2013
Kampus Bukit Besi dibuka