Unit Infostruktur
Unit Infostruktur mula beroperasi pada Jun 2013 seiring dengan penubuhan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi.Selaras dengan pembangunan kampus perubahan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah banyak berlaku di kampus ini.Pada masa ini terdapat 6 buah makmal komputer. Kemudahan WiFi juga telah tersedia di kampus dan ditambahbaik dari masa ke masa.Unit Infostruktur terdiri daripada 4 orang staf yang diketuai oleh seorang Ketua Unit Infostruktur dan 3 orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat.Antara fungsi utama Unit Infostruktur adalah :1. Pentadbiran ICT2. Operasi sistem maklumat3. Operasi ICT4. Infrastruktur ICT
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan/Ketua UnitSyed Ibrahim bin Syed Alisyedibrahim@uitm.edu.my
Tel: 09-833 5060
Unit Infostruktur komited untuk membantu mempertingkatkan kualiti Perkhidmatan IT bagi menghasilkan kampus yang memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan selaras dengan visi UiTM untuk menjadi Universiti bertaraf dunia melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti yang dipertingkatkan keberkesanannya serta nilai-nilai murni dan etika profesional.
- 100% internet berjaya dicapai oleh pengguna di kawasan kampus.
- Memastikan Aduan ICT yang dimasukkan ke Sistem Aduan ICT (unit.uitm.edu.my) disiapkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja (1st level maintenance).
- 100% peralatan ICT (PdP) dalam keadaan baik dan dapat digunakan sebelum setiap semester bermula.