Lawatan Penanda Aras ke program Diploma Kejuruteraan Kimia dari UTHM dan UMPSA

    Pengajian Kejuruteraan Kimia (PKK), UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Bukit Besi, menerima kunjungan dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses, UMPSA dan Pusat Pengajian Diploma, UTHM bagi tujuan penanda aras program Diploma Kejuruteraan Kimia mereka selaras dengan keperluan akreditasi ETAC. Lawatan ini telah berlangsung pada 9 November 2023

    Program UiTMCT yang ditanda araskan adalah Diploma Kejuruteraan Kimia, PKK, UiTMCT Kampus Bukit Besi yang telah mendapat akreditasi penuh ETAC selama 6 tahun.

    Antara perkara yang diperbincangkan adalah berkenaan SRR ETAC, CQI-OBE, Projek Tahun Akhir dan Latihan Industri. Pada sebelah petang, lawatan ke makmal-makmal PKK dilakukan bagi mendapatkan maklumat berkenaan perjalanan kelas amali.
    Lawatan ini diharapkan dapat membina jalinan dan jaringan yang lebih luas serta kerjasama antara kedua-dua institusi pengajian.
    Semoga hubungan kerjasama antara UiTMCT, UMPSA dan UTHM akan berterusan di masa akan datang.

     

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu
    Kampus Bukit Besi
    23200 Dungun
    Terengganu Darul Iman
    Malaysia

    Phone: +609-833 5002
    Fax: +609-833 5003
     
         

    Dana Pembinaan Masjid UiTM Kampus Bukit Besi

    INFO TERKINI KUTIPAN DANA PEMBINAAN MASJID KAMPUS BUKIT BESI SEBANYAK 
    RM 1,642,951.10