Bahagian Pentadbiran
Unit Pentadbiran UiTMCTKBB bertanggungjawab dalam pengurusan dan pembangunan
manusia. Unit ini diterajui oleh Penolong Pendaftar Kanan, Encik Talmizi Bin Muda dan
dibantu oleh 9 staf pentadbiran di Kampus Bukit Besi seperti berikut :
* Pegawai Eksekutif Kanan
* Pembantu Tadbir Kanan
* Pembantu Tadbir
* Pembantu Operasi
* Pemandu
Tel: 09-8335006
OBJEKTIF
Mewujudkan pengurusan yang cekap dan berkesan dengan penerapan nilai dan amalan pengurusan profesionalisme.
MISI
Menawarkan perkhidmatan dan fasiliti sumber manusia di UiTMCT mematuhi profesionalisme.
VISI
Menjadi sebuah pusat pentadbiran yang cemerlang dalam memberikan perkhidmatan sumber manusia selaras dengan visi dan misi UiTM.
- Memastikan semua rekod dan dokumen staf dan universiti disediakan, dikekalkan dan disimpan dengan selamat dan menjamin rahsia rasmi seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
- Memastikan penyediaan kemudahan pengangkutan yang cekap dan pantas kepada kakitangan dan pelajar.
- Memastikan urusan pengambilan kakitangan staf sokongan dibuat dengan adil, saksama dan profesional.
- Memastikan kominukasi berkesan di kalangan staf.
- Memastikan kakitangan dilindungi sesuai dengan peraturan yang diguna pakai di universiti.
- Memastikan hak dan kepetingan staf dijaga dan dilaksanakan dengan amanah dan telus.