Print
Hits: 2470

 

PENGENALAN UNIT KUALITI UiTM CAWANGAN TERENGGANU

Unit Kualiti (UK) UiTM Cawangan Terengganu bertanggungjawab mengurus dan melaksana proses-proses kualiti melalui Audit Kualiti dan Amalan Pengurusan Terbaik bagi memastikan penambahbaikan berterusan. Sistem ini diwujudkan bagi memastikan Sistem Pengurusan Kualiti dilaksana dengan cekap, tepat dan berkesan berpandukan kepada Dasar Kualiti dan Objektif Kualiti yang ditetapkan.

FUNGSI UNIT KUALITI

 FUNGSI UNIT KUALITI

 

Merangka, merancang dan mengurus pembangunan dan perlaksanaan matlamat, objektif, dasar, prosedur dan sistem yang berkaitan dengan kualiti dan jaminan kualiti

Membangun, melaksana, berkomunikasi dan mengekalkan pelan kualiti bagi memastikan kepatuhan kepada semua keperluan peraturan dan perundangan

Menyediakan perancangan tahunan dan latihan dan aktiviti kualiti

Merancang, menyelaras dan memantau pergerakan/aktiviti/infrastruktur kualiti dan UiTM (5S, KIK, pelaksanaan dan penyelenggaraan SPK, Penilaian Kendiri, Audit dan AKNC)

Menyediakan permohonan peruntukan belanjawan tahunan aktiviti kualiti

 

CARTA ORGANISASI

 

CARTA FUNGSI

 

DASAR KUALITI UiTMCT

 

DASAR KUALITI UiTMCT

 

UiTM Cawangan Terengganu akan melaksanakan sistem pengurusan professional, cekap, berkesan dan bertanggungjawab ke atas pengurusan: -

  • program Pengajaran dan Pembelajaran berdasarkan sistem “Outcome-based Education (OBE)”,
  • penyelidikan, inovasi dan jalinan komuniti yang memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan, yang mempunyai penambahbaikan secara berterusan serta akur kepada piawaian dan perundangan yang ditetapkan.

 *Dasar dan objektif yang terbaru akan dikemaskini pada Oktober 2020

OBJEKTIF KUALITI UiTMCT

 OBJEKTIF KUALITI UiTMCT

 

1.

Mempromosikan kemasukan ke UiTM 2 kali setahun.

2.

Memastikan semua kurikulum bersifat kerja kursus disemak setiap 4 tahun bagi program-program pengurus utama yang tempoh pengajiannya adalah 3 tahun atau kurang  dan setiap 5 tahun bagi pogram yang tempoh pengajiannya adalah 4 tahun.

3.

Memastikan sekurang-kurangnya 90% pelajar sepenuh masa pada peringkat Diploma dan  Sarjana Muda bergraduat dalam tempoh yang ditetapkan. 

4.

Memastikan sekurang-kurangnya 5 calon PhD UiTM yang diseliakan oleh UiTM (Terengganu) menjelang 2020.

5.

Memastikan kadar kebolehpasaran siswazah melebihi 80% (Sarjana Muda) 95% (Diploma) dan 4.0% menjelang 2020 (Bekerja Sendiri)

6.

Bilangan penerbitan berindeks mencapai 250 menjelang 2020.

7.

Nilai geran penyelidikan mencapai RM2j menjelang 2020.

8.

Memastikan kecemerlangan dalam pemindahan ilmu dengan mengadakan 1 program inovasi bersama komuniti setiap tahun.

*Dasar dan objektif yang terbaru akan dikemaskini pada Oktober 2020

MUAT TURUN

 

 

HUBUNGI KAMI

 

 

     Unit Kualiti,
          Universiti Teknologi Mara Cawangan Terengganu,
          Kampus Dungun, Sura Hujung,
          23000 Dungun,
          Terengganu Darul Iman.

      09-840 0400/ 1764
      09-840 3766
 emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.