PENGENALAN UNIT KUALITI UiTM CAWANGAN TERENGGANU

Unit Kualiti (UK) UiTM Cawangan Terengganu bertanggungjawab mengurus dan melaksana proses-proses kualiti melalui Audit Kualiti dan Amalan Pengurusan Terbaik bagi memastikan penambahbaikan berterusan. Sistem ini diwujudkan bagi memastikan Sistem Pengurusan Kualiti dilaksana dengan cekap, tepat dan berkesan berpandukan kepada Dasar Kualiti dan Objektif Kualiti yang ditetapkan.