IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN STAF AKADEMIK DAN PENTADBIRAN DI UiTM CAWANGAN TERENGGANU - 2/2020

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

YBhg. Prof./Prof.Madya Dr/Prof Madya/Dr./Tuan/Puan

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2.       Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus
Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) dan Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang yang
berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan TETAP bagi jawatan lantikan di UiTM Cawangan Terengganu.

3.       Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan dan Badan-badan Berkanun mestilah melalui Ketua
Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

4. Hanya calon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.

5. Iklan jawatan atau borang permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Terengganu
di http://terengganu.uitm.edu.my atau boleh juga didapati di Bahagian Pentadbiran, Aras 2, Bangunan Integriti UiTM Cawangan
Terengganu Kampus Dungun.  Borang permohonan yang lengkap beserta sijil-sijil yang disahkan hendaklah dihantar kepada :-


Timbalan Pendaftar Kanan
Bahagian Pentadbiran
Aras 2, Bangunan Integriti
UiTM Cawangan Terengganu
23000 DUNGUN
Terengganu Darul Iman


6. Tarikh tutup penerimaan borang ialah pada 10 OGOS 2020 dan permohonan yang tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup
tidak akan diproses.

Sekian. Terima kasih.

 

Sila Muat Turun :-

 

Iklan Jawatan Kosong Pensyarah & Pentadbiran 

Borang Permohonan Jawatan Pentadbiran 

Borang Permohonan Jawatan Pensyarah

Referee Report Form Gred 41 dan keatas