Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan TETAP bagi jawatan lantikan di UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi, Dungun bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan dan Badan-badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

Hanya calon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

Iklan Jawatan atau borang permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Terengganu  di http://terengganu.uitm.edu.my atau boleh juga didapati di Bahagian Pentadbiran, Aras 2, Bangunan Integriti UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun.  Borang permohonan yang lengkap beserta sijil-sijil yang disahkan hendaklah dihantar kepada :-


Timbalan Pendaftar Kanan
Bahagian Pentadbiran
Aras 2, Bangunan Integriti
UiTM Cawangan Terengganu 
23000 DUNGUN
Terengganu Darul Iman

Tarikh tutup penerimaan borang ialah pada 20 Disember 2017 (Rabu). Permohonan yang tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Sila klik pautan untuk muat turun borang permohonan dan iklan jawatan kosong.

Sekian. Terima kasih.