Print
Hits: 536

Pengenalan MDAB

  • Program ini adalah merupakan program berbentuk tanggungjawab sosial UiTM (Corporate Social Responsibility) yang dipertanggungjawabkan kepada UiTM untuk membantu dan memajukan pelajar Melayu dan Bumiputera menguasai ilmu dan pengetahuan.
  • Program Mengubah Destini Anak Bangsa merupakan program di mana pelajar Melayu dan bumiputera yang gagal untuk mendapat tempat di universiti kerana merit tidak mencukupi, peningkatan kos pengajian yang tinggi dan kegagalan dalam persaingan mendapatkan tempat pengajian di IPT.
  • UiTM menawarkan program berdasarkan kelayakan pelajar sama ada ke program Pra Perdagangan atau Pra Sains.Sepanjang program ini juga pelajar-pelajar akan diberi pengisian akademik, pembinaan peribadi dan kerohanian serta pembangunan modal insan.
 

Syarat Kemasukan

SYARAT KEMASUKAN :

  • Syarat asas kemasukan ke semua program Pra MDAB adalah pelajar miskin yang mempunyai pendapatan /gaji kasar ibubapa kurang dari RM4000 sebulan.
  • Syarat tambahan iaitu sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
  • Bumiputera Warganegara Malaysia
  • Lepasan SPM tahun : (SPM Tahun semasa & 5 tahun ke belakang) – Contoh : 2018 (tahun semasa), 2017, 2016, 2015, 2014 & 2013
  • Layak syarat am & syarat khas program.

Syarat Kelayakan

SYARAT KELAYAKAN & SYARAT KHAS PROGRAM

 

PD002 (PRA PERDAGANGAN) : 1 SEMESTER / 6 BULAN

SYARAT AM UNIVERSITI:


  • Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat minima tiga (3) kredit/kepujian termasuk Bahasa Melayu.
    DAN
  • Lulus Sejarah (Mula digunapakai SPM 2013)
    SYARAT KHAS PROGRAM:
  • Lulus Matematik / Matematik Tambahan
  • Lulus Bahasa Inggeris

 

PD007 (PRA SAINS) : 1-2 SEMESTER / 6-12 BULAN


SYARAT AM UNIVERSITI:


  • Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat minima tiga (3) kredit/kepujian termasuk Bahasa Melayu.
    DAN
  • Lulus Sejarah (Mula digunapakai SPM 2013)
    SYARAT KHAS PROGRAM:
  • Kepujian Matematik / Matematik Tambahan
    DAN:
    Lulus Bahasa Inggeris

    SERTA:
     Lulus satu (1) daripada mana-mana mata pelajaran berikut:
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi