Print
Hits: 1014
Faculty Coordinator : Dr. Azarudin Bin Awang
Phone : +609-8403806
E-mel Coordinator : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Pengenalan

Pengenalan

 

Menelusuri sejarah bermulanya ACIS UiTMCT dengan tertubuhnya Unit Pendidikan Islam yang mula diwujudkan pada 1975, Akademi Pengajian Islam Kontemporari atau Academy of Contemporary of Islamic Studies (ACIS) telah berkembang maju dan terus menjadi nadi Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu (UiTMCT) dalam memartabatkan pendidikan Islam. ACIS ditubuhkan pada Disember 2012 bagi menggantikan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam atau Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU) yang diwujudkan lapan tahun sebelumnya. Penambahbaikan ini dilakukan bagi membolehkan ACIS menawarkan program pengajian sama ada di peringkat diploma, ijazah, sarjana atau PhD, dalam usaha memartabatkan pengajian Islam di negara ini khususnya dan di peringkat antarabangsa amnya.

 

Walau bagaimanapun, mulai tahun 2018, dengan mengambil kira segala kepakaran yang dimiliki oleh para pensyarah ACIS UiTMCT yang mana sebelum ini hanya menawarkan perkhidmatan kepada pengajaran kursus-kursus universiti dan juga melaksanakan program-program atau aktiviti kerohanian bagi memantapkan aspek dalaman warga kampus ini telah mengorak satu lagi langkah yang lebih terkedepan apabila telah berjaya menawarkan satu program baru iaitu Program Diploma Muamalat (DIM) dengan penerimaan pelajar bagi kohort pertama bermula sesi pengajian Interim Julai 2018.

 

Peluang Kerjaya

 

Graduan Diploma Muamalat menjadi rebutan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja berikut. Antaranya ialah:

  • Institusi Kewangan dan Perbankan Islam
  • Syarikat Insuran  dan Takaful
  • Majlis-Majlis Agama Islam Negeri
  • Pusat Kutipan Zakat
  • Jabatan-Jabatan Agama Islam
  • Syarikat Beroreantasikan Hub Halal
  • Jabatan Kehakiman Islam Malaysia
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  • Badan Berkanun Kerajaan
  • Guru KAFA di sekolah-sekolah
  • Sekolah Agama Kerajaan Negeri

 

Program Yang Ditawarkan

Program Diploma

Diploma Muamalat (IC110)

 

Pencapaian

ACIS

Anugerah Khas Pengurusan Operasi 2018

 

PM Dr. Che Zuina Ismail :  Anugerah Sarjana Ulung ACIS  Mac 2018

 

Ustazah Rubiah Abu Bakar

             Anugerah Sarjana Harapan,

Anugerah Penulis Terbaik, 

 & Anugerah Penerbitan Buku  Mac 2018

 

Dr. Wan Noor Hazlina Wan Jusoh :

 

Outstanding Contribution in Reviewing Award (Academy of Accounting and Financial Studies journal)

Excellent in Reviewing (Asian journal of Economics Business and Accounting)

Excellent in Reviewing (Journal of Economics, Management and Trade)

 

Dr Azarudin Bin Awang    

 Anugerah pingat emas PnP dalam pertandingan “ Education Project of Innovation Competion”

 

Tajuk :  Tasmi’: Inovatif Efektif Pembelajaran & Pengajaran Tasmi’ Tahfiz