TEL: 09 – 8400 400 / 09 - 8400 322 / 09 - 8400 323
FAKS:

09 - 8400 333

E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
FACEBOOK:

UKP UiTM TERENGGANU

 

INFO UKP

 

PENGENALAN

Unit Kepimpinan Pelajar (UKP) UiTM Cawangan Terengganu adalah sebuah unit di bawah bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang bertanggungjawab  untuk melaksanakan program-program kepimpinan, pembangunan diri dan kerjaya bagi mahasiswa UiTM Cawangan Terengganu.

Ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan UiTM untuk melahirkan graduan holistik yang berketrampilan daripada segi akademik, sahsiah dan kemahiran insaniah.  UKP UiTM Cawangan Terengganu bertanggungjawab dalam melaksana dan menyelaras pelbagai program kepimpinan dan professional di UiTM Cawangan Terengganu.

UKP sentiasa proaktif dalam penganjuran pelbagai modul menerusi Program Kepimpinan Pewaris Bangsa (PKPB). PKPB merupakan inisiatif untuk membentuk pemimpin mahasiswa yang berdaya saing dan mampu menjadi pemimpin untuk organisasi, bangsa dan negara pada masa hadapan.

 

OBJEKTIF

  1. Merancang dan melaksanakan Program Kepimpinan Pewaris Bangsa (PKPB) pelajar di UiTM Cawangan Terengganu mengikut dasar yang telah ditetapkan.

 

  1. Merancang dan melaksanakan program-program profesional bagi pelajar mengikut dasar yang telah ditetapkan.

 

  1. Mengasah, menajam dan membangunkan bakat kepimpinan di kalangan pelajar.

 

  1. Memberi dan memajukan kemahiran dan strategi dalam kepimpinan.

 

  1. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang pembelajaran dan pengalaman kepimpinan secara bersepadu dari segi jasmani, fikiran, tindakan emosi dan kerohanian

 

FUNGSI UNIT KEPIMPIMPINAN PELAJAR (UKP)

UKP berperanan dalam merancang, melaksana dan menyelaras program-program kepimpinan mahasiswa di bawah PKPB seperti Modul Kepimpinan Survival Bangsa, Modul Kepimpinan Profesional dan Modul Kepimpinan Ikon. Pelaksanaan program-program ini dibuat pada setiap semester pengajian Ijazah Sarjana Muda dan Diploma mengikut kumpulan sasaran mahasiswa yang telah ditetapkan.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Program Kepimpinan Pewaris Bangsa (PKPB)

Merupakan program khas universiti dan diikuti oleh pelajar-pelajar yang terpilih di peringkat diploma dan Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa. Program ini terdiri daripada 3 komponen dengan konteks dan perlaksanaan yang tersendiri.  PKPB merupakan program sokongan berfokuskan bukan akademik yang memberi nilai tambah dalam membentuk sahsiah dan professional pelajar dengan tujuan melahirkan graduan yang memiliki lapan ciri-ciri Kemahiran Insaniah yang ditetapkan oleh KPT. Komponen 1 dan 2 adalah seperti gambarajah di bawah dan komponen 3 merupakan modul kerjaya yang dijalankan dengan kerjasama Unit Kerjaya dan Kaunseling.

   

 

Modul Kepimpinan Survival Bangsa ialah program khusus kepada pelajar yang berpotensi menjadi bakal pemimpin dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) atau Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF). Modul ini juga sesuai untuk mereka yang ingin mendalami ilmu kepimpinan asas.

Modul Kepimpinan Profesional adalah program khusus untuk pemimpin-pemimpin mahasiswa daripada persatuan atau kelab pelajar yang berdaftar di UiTM. Modul ini bertujuan melahirkan mahasiswa yang berminat untuk menjadi pemimpin dalam bidang profesional masing-masing.

Modul Kepimpinan Ikon adalah bertujuan untuk membentuk ikon dalam kalangan mahasiswa UiTM. Modul ini disasarkan untuk pemimpin pelajar sedia ada atau mana-mana pemimpin pelajar yang berpotensi untuk mengetuai penganjuran program-program berimpak tinggi pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Modul ini merupakan landasan terbaik untuk mahasiswa mengetengahkan bakat kepimpinan pada peringkat tertinggi.

 

 

CARTA ORGANISASI  UKP