PETIKAN PERATURAN AKADEMIK DIPLOMA & SARJANA MUDA UiTM
(PINDAAN 2015)

 

2.27.1 Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Akhir

2.27.1.1 Pelajar boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan peperiksaan bagi sesuatu kursus. Semakan semula hanya boleh dilakukan bagi kursus yang mempunyai peperiksaan akhir sahaja dengan menyemak skrip jawapan peperiksaan akhir pelajar untuk kursus berkenaan. 26

2.27.1.2 Rayuan perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Akademik Fakulti/Pusat Akademik/UiTM Negeri dengan menggunakan Borang BHEPep (KP-R)2005-1[Rayuan Peperiksaan UiTM (Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan)] dalam tempoh empat belas (14) hari selepas tarikh keputusan peperiksaan diumumkan secara rasmi.

2.27.1.3 Setiap permohonan dikenakan bayaran pemprosesan RM50.00 bagi setiap satu kursus. 2.27.1.4

Keputusan terhadap rayuan akan diumumkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh rayuan ditutup. Keputusan yang diumumkan adalah muktamad. 2.27.1.5 Rayuan penyemakan semula keputusan untuk Peperiksaan Khas dan Intersesi tidak dibenarkan

 

CARA PERMOHONAN :

  1. Isi borang atau majukan permohonan bertulis kepada Unit Peperiksaan, HEA.

Fax        : 098403718 / 098403777

Emel      :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

  1. Tarikh tutup permohonan adalah : 25 Mei 2016
  1. Markah akhir yang diputuskan setelah semakan semula adalah muktamad samada ianya kekal atau berubah kepada markah yang membawa gred yang lebih tinggi atau yang lebih rendah.
  1. Bayaran pemprosesan hendaklah dijelaskan setelah bil dijanakan. Sila buat semakan dari masa ke semasa di Portal Pelajar.
  1. Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Telefon           :         09 8403 719 – Unit Peperiksaan

                   09 8403 722 – Pn Rozaiman Abd. Ghani

09 8403 702 – Pn Noor Sharulniza Sau Hamid

Emel      :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

MUAT TURUN BORANG DISINI