IKRAR BEBAS RASUAH 2017

Pada 25 Oktober 2017, UiTM Cawangan Terengganu telah mengadakan program menandatangani Ikrar Bebas Rasuah yang bertempat di Dewan Aspirasi. Objektif utama Ikrar Bebas Rasuah atau IBR diadakan adalah untuk memberi peringatan kepada individu agar menjauhi rasuah di samping membuktikan bahawa organisasi telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah jenayah rasuah.

Selain daripada kehadiran warga UiTM Cawangan Terengganu, program IBR ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berbahagia Mohd Zaki Bin Hassan, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Negeri Terengganu serta pegawai-pegawai SPRM yang terlibat.

IBR merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu untuk menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah.