Ekspo Sifar Keciciran Ke Universiti Tahun 2017

 

Pada 23 hingga 25 Julai 2017, UiTM Cawangan Terengganu telah mengadakan Program Sifar Keciciran ke Universiti bagi tahun 2017 yang bertempat di Pantai Peranginan Kelulut, Marang  bagi menyalurkan maklumat secara terus tentang pengajian di sektor awam mahupun di sektor swasta kepada setiap pengunjung.

 Selain daripada itu, program ini  turut disertai oleh pusat pengajian swasta bagi membolehkan pengunjung membuat semakan kelayakan dan jurusan yang sesuai dengan keputusan yang di peroleh.

Program ini turut menyediakan Khidmat Konsultasi dari 10 Fakulti dan Pusat Pengajian UiTM,Khidmat Kaunseling Minat dan Kerjaya, Kaunter Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) dan Kaunter Pengajian Jarak Jauh (PJJ). Selain dari UiTM Cawangan Terengganu yang bersama-sama dalam program ini penglibatan dari agensi luar juga mendapat sambutan yang baik dari pihak MARA, MSU, Kolej Al-Quran Terengganu, TESDEC, ILP, RANACO, Kolej Komuniti, IKBN & INFORANA.

Pihak UiTM Cawangan Terengganu juga telah memberi sumbangan kepada 30 buah keluarga miskin pada malam perasmian yang telah dirasmikan oleh YB A.Latif bin Awang bersempena program Pekan Budaya Dan Ekspo Sifar Keciciran ke Universiti Tahun 2017.