Gunma Ramadhan Experience (GRE)

 

Pada 14 MEI 2017, 10 orang pelajar daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM Cawangan Terengganu bersama 4 orang pengiring teleh berlepas ke Jepun sempena “Program Lawatan Balas Summer Internship” bersempena MoU diantara UiTM Cawangan Terengganu dan Gunma Unversiti di Jepun

Program ini akan berlangsung selama sebulan bermula dari 15 Mei 2017 sehinggan 15 Jun 2017. Program ini merupakan anjuran Office of International Affairs (OIA). Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar Jurusan Kejuruteraan berkaitan program yang yang ditawarkan di kampus kejuruteraan universiti tersebut. Selain daripada itu, program ini turut membuka ruang kerjasama dengan fakulti lain seperti Fakulti Perniagaan dan Pengurusan.