Program Jom Dhuha Bersama Anak Istimewa Dan Bengkel Tahfiz Akhyar

Universiti Teknologi MARA Cawangan TerengganuKampus Dungun dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Yayasan Faqeh dan Quranis Dungun telah mengadakan program khidmat masyarakat ‘Jom Dhuha bersama Anak Istimewa dan Bengkel Tahfiz Akhyar’.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang teknik dan pendekatkan yang bersesuaian khususnya kepada staf UiTMCT, guru-guru, ibu bapa dan komuniti setempat terhadap pengajian Al-Quran dan menyantuni anak istimewa dalam melakukan ibadah seharian. Program ini juga melibatkan sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa daripada UiTMCT Kampus Terengganu, UniSZA dan peserta dari Negeri Terengganu dan Pahang.

Butiran Program:

                      Tarikh     : 29 April 2017

                       Masa     : 8.00 pagi- 2.30 petang

                      Tempat   : Dewan Bakawali, UiTMCT Kampus Dungun