Istiadat Konvokesyen ke-86 UiTM Cawangan Terengganu

UiTM Cawangan Terengganu telah menganjurkan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-86 bertempat di Dewan Aspirasi yang bertujuan untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma kepada seramai 1168 graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka.

Penganugerahan istiadat oleh YABhg. Tun Datuk Seri Panglima Hj. Ahmadshah Abdullah selaku Pro Canselor UiTM. Istiadat yang telah berlangsung selama dua hari bermula pada 18 dan 19 April 2017.