Tahniah---ewaste WEB---TAHNIAH---KIK-2017 NATIONAL_E-CONDEV_2017 Tahniah_Karisma WEB web_trans4u Sesi_Townhall_Pusat_Perancangan_Dan_Strategik_ 3-language-courses-2017-banner Kursus-Persediaan-Universiti-2018-banner

SESI TOWNHALL PUSAT PERANCANGAN DAN MAKLUMAT STRATEGIK (CSPI) BERSAMA WARGA UITM CAWANGAN TERENGGANU

Sesi Townhall Pusat Perancangan Dan Maklumat Strategik (CSPI) Bersama Warga UiTM Cawangan Terengganu telah diadakan pada 20 November 2017 bertempat di Dewan Bakawali, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun.

Objektif penganjuran adalah untuk memberi pendedahan kepada semua warga UiTM Cawangan Terengganu berkenaan perkembangan hala tuju strategik Universiti. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UiTM, Prof. Ir. Dr. Hj Abdul Rahman Omar.

ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-87 UITM CAWANGAN TERENGGANU

UiTM Cawangan Terengganu telah menganjurkan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-87 bertempat di Dewan Aspirasi yang bertujuan untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma kepada seramai 954  graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka.

Penganugerahan istiadat oleh Ybhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad selaku Pro Canselor UiTM. Istiadat telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 1 dan 2 November 2017.

IKRAR BEBAS RASUAH 2017

Pada 25 Oktober 2017, UiTM Cawangan Terengganu telah mengadakan program menandatangani Ikrar Bebas Rasuah yang bertempat di Dewan Aspirasi. Objektif utama Ikrar Bebas Rasuah atau IBR diadakan adalah untuk memberi peringatan kepada individu agar menjauhi rasuah di samping membuktikan bahawa organisasi telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah jenayah rasuah.

Selain daripada kehadiran warga UiTM Cawangan Terengganu, program IBR ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berbahagia Mohd Zaki Bin Hassan, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Negeri Terengganu serta pegawai-pegawai SPRM yang terlibat.

Ekspo Sifar Keciciran Ke Universiti Tahun 2017

 

Pada 23 hingga 25 Julai 2017, UiTM Cawangan Terengganu telah mengadakan Program Sifar Keciciran ke Universiti bagi tahun 2017 yang bertempat di Pantai Peranginan Kelulut, Marang  bagi menyalurkan maklumat secara terus tentang pengajian di sektor awam mahupun di sektor swasta kepada setiap pengunjung.