Mengenai Bahagian AAP UiTM Cawangan Terengganu

Akreditasi merupakan aktiviti pengiktirafan terhadap mana-mana program yang akan, sedang dan telah dijalankan oleh UiTM. Akreditasi diberikan oleh badan-badan atau agensi-agensi kelayakan yang berkaitan dengan akademik dan kebolehpekerjaan seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan mana-mana badan profesional dalam dan luar negara seperti Lembaga Jurutera Malaysia (LJM), Lembaga Jururawat Malaysia (LLM) dan Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) atau dari luar negara seperti The Royal College of Radiographers (RCR), Chartered Institute of Marketing (CIM) dan The Royal Institute of Chartered Surveyors (RICS).

Semua program baru yang akan ditawarkan di mana-mana universiti di Malaysia mesti mendapatkan Sijil Kelayakan Kualiti (CQC) daripada MQA terlebih dahulu sebelum permohonan menjalankan program dimajukan kepada Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Selepas program ditawarkan, proses mendapatkan akreditasi penuh melalui laporan kendiri hendaklah dipohon daripada pihak MQA sebelum pelajar bergraduat. Begitu juga dengan pengikitrafan JPA.

Sementara itu, bagi menambah nilai program yang ditawarkan, pihak universiti mengesyorkan agar akreditasi badan-badan profesional dalam dan luar negara dipohon.

Proses pendigitan adalah berkaitan dengan penyimpanan dan updating maklumat terkini berkaitan dengan program akademik UiTM termasuk daftar akreditasi serta penyampaian maklumat untuk kegunaan yang sepatutnya.

 

 

Skop Bahagian AAP UiTM Cawangan Terengganu

  • Mengendalikan kajian pasaran, keperluan negara, kebolehpasaran.
  • Membina silibus yang berdaya saing dan bermutu tinggi.
  • Memastikan program yang ditawarkan mendapat pengiktirafan MQA dan badan professional antarabangsa.
  • Memproses permohonan program baru dan akreditasi program.
  • Memantau akreditasi audit akademik mengikut kriteria dan piawaian MQA, ISO dan pengiktirafan badan professional
  • Menyimpan data berkenaan dengan pengiktirafan program akademik.
  • Membantu fakulti menyediakan dokumen dan membantu proses mendapat kelulusan.

 

 

Hubungi Bahagian AAP UiTM Cawangan Terengganu

PENYELARAS

   Dr Najihah Marha Yaacob

09-8403885

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

AJK

   Adida Muhammud

09-6216806

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

   Amanina Mat Ghani

09-8403829

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

   Siti 'Aisyah Sa'dan

09-8403796

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

   Nor Aini Hassanuddin

09-8403971

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

   Syila Izawana Binti Ismail

09-8403832

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

Pautan