UNIT PENYELIDIKAN & JARINGAN INDUSTRI

Image
Dr. Norlina Mohd Sabri 
Penyelaras

Tel : 09-621 6738
PJI menjadi pusat pengurusan yang unggul bagi penyelidikan, pembangunan, penerbitan hasil penyelidikan, perundingan, jalinan industri, keusahawanan dan khidmat masyarakat .

PJI terdiri daripada beberapa bahagian kecil iaitu RMU, ICAN, Penulisan dan Penerbitan, Masmed dan Penjanaan.

OBJEKTIF

1. Mempromosi penyelidikan bertaraf dunia.
2. Mengurus, menyelaras dan memberi perkhidmatan untuk kemajuan penyelidikan, perundingan dan penerbitan hasil penyelidikan.
3. Memberi bantuan dalam penerokaan bidang-bidang baru dan mengenalpasti bidang-bidang ”niche”.
4. Mewarwarkan maklumat dan memberi latihan dalam penyelidikan, perundingan dan penerbitan hasil penyelidikan.
5. Memastikan inovasi, penyelidikan berkualiti, perundingan dan penerbitan berjalan berterusan.
6. Memberi perkhidmatan berkaitan melalui teknologi terkini.
7. Membantu penerbitan hasil penyelidikan dalam jurnal berimpak tinggi.

RMU

RMU pada peringkat awal dikenali sebagai IRDC atau Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan yang ditubuhkan pada April 1980. Pada September 1987, selaras dengan peningkatan kepentingannya dalam penyelidikan dan perundingan di UiTM, ia kemudiannya distrukturkan semula dan dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Pusat Penyelidikan dan Perundingan (RACC), dan Unit Perancangan dan Penilaian. Pusat ini kemudiannya bertukar nama kepada Biro Penyelidikan dan Perundingan pada 1994 yang akhirnya ditukar menjadi Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan (IRDC) pada 15 Julai 2003.

Pada Mac 2008, satu jawatan Timbalan Naib Canselor telah diwujudkan untuk mengambilalih portfolio harta intelek dan pengkomersilan. IRDC diamanahkan untuk memantapkan inovasi dan menambah kadar penyelidikan dan kemudiannya diterbitkan ke dalam jurnal yang berimpak tinggi. Pada 31 Julai 2008, IRDC telah diberi nama baru iaitu Institut Pengurusan Penyelidikan atau ‘Research Management Institute (RMI)’. Sehaluan dengan aspirasi UiTM untuk menjadi ‘Research University’, RMI akan membangunkan aktiviti-aktiviti inovasi dan penyelidikan baru.

Bahagian-bahagian di RMI mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam mengurus, memantau dan menjalankan penyelidikan sains dan teknologi, penyelidikan pengurusan dan sains social, perundingan, kewangan untuk perundingan, inovasi, penerbitan dan INFOREC (Information for Research and Consultancy). RMI juga menjalankan seminar, bengkel dan ‘roadshows’ untuk menggalakkan, memotivasi dan melatih para staf akademik dan bukan akademik dalam penyelidikan dan perundingan, mendapatkan geran penyelidikan dan projek, mengurus kewangan dengan baik, dan menerbitkan hasil penyelidikan secara bertanggungjawab dan beretika. RMI juga mengadakan pertandingan untuk menggalakkan inovasi dan rekacipta dalam persekitaran UiTM sendiri.

ICAN

ICAN (Industry, Community, Alumni Network) adalah salah sebuah unit di bawah Bahagian Penyelidikan Jaringan Industri & Alumni. Fungsi utama unit ini ialah mewujudkan usahasama, perkongsian serta jaringan antara pihak UiTM dengan Industri, Komuniti dan Alumni. Selain dari itu unit ini juga memberi fokus dalam pelbagai aktiviti membangunkan modal insan, menyalurkan kepakaran, mewujudkan peluang keusahawanan dan membantu masyarakat yang memerlukan.

Penulisan dan Penerbitan

Garis Panduan Penerbitan ini diwujudkan bagi rujukan para penyelidik dalam usaha membantu dan menggalakkan para penyelidik dalam usaha menerbitkan hasil penyelidikan yang bermutu tinggi dan berindeks dengan lebih berkesan serta memajukan bidang penerbitan di kalangan penyelidik ke arah mencemerlangkan universiti. 2. Tujuan Tujuan garis panduan ini adalah untuk :-
(i) Sebagai garis panduan bagi para penyelidik untuk menerbitkan artikelartikel ilmiah
(ii) Untuk meningkatkan bilangan penerbitan dalam jurnal berimpak faktor tinggi
(iii) Untuk panduan kepada pihak Institut Pengurusan Penyelidikan (RMI) membuat kelulusan penerbitan yang diterima dari segi penggunaan peruntukan geran, permohonan peruntukan dari RMI dan lain-lain lagi. 3. Jenis-Jenis Penerbitan Jenis-jenis penerbitan adalah merangkumi :-

(i) Karya Asli (Ilmiah/Umum) - Karya tulis yang disusun oleh seorang penulis berdasarkan hasil-hasil penelitian ilmiah yang telah dilakukannya
(ii) Jurnal Garis Panduan PENERBITAN Institut Pengurusan Penyelidikan (RMI) 6 2 (iii) Karya Terjemahan
(iv) Modul
(v) Bab buku
(vi) Prosiding (bagi pembentangan secara lisan sahaja)
(vii) Ensiklopedia
(viii) Artikel dalam suratkhabar atau majalah
(ix) Laporan teknikal

MASMED

Sebuah organisasi yang menguruskan dan mengkoordinasi semua aktiviti berteraskan keusahawanan di kalangan pelajar UiTM . Meningkatkan tahap kebolehpasaran pelajar sejajar dengan permintaan industri melalui pelbagai latihan yang akan diadakan

1. Mendedahkan pelajar dengan pelbagai aktiviti perniagaan di malaysia
2. Membina ciri-ciri keusahawanan dalam diri pelajar agar meraka menjadi usahawan tersohor kelak.

MEKANISMA PELAKSANAAN

Young Captain of Industry

1. Pendedahan dan galakan, serta saringan bakal usahawan
2. Melaksana pengajaran dan pembelajaran Kursus Asas Keusahawanan
3. Pembangunan idea dan perniagaan, serta ‘smart partnership’ bersama industri
4. ‘Incubation’ – pembangunan dan penrealisasian perniagaan
5. Melahirkan graduan usahawan bergelar ‘YCI’

PENJANAAN

Penjanaan pendapatan ini merangkumi semua proses yang berkaitan dengan pelaksanaan dan pengurusan penyelidikan, hasil penyelidikan, aktiviti kesarjanaan, aktiviti usahasama (kolaborasi), perundingan serta aktiviti pengkomersilan di UiTMCTKKT.

PIAGAM PELANGGAN

Kami beriltizam untuk menyediakan perkhidmatan profesional, beretika dan mesra pelanggan supaya :

1. Meningkatkan penghasilan penyelidikan yang berkualiti dan berimpak tinggi dengan mensasarkan 10% daripada pensyarah UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu menjadi ketua penyelidik dan 30% pensyarah menjadi penyelidikan.

2. Meningkatkan penghasilan penerbitan yang berkualiti dan berimpak tinggi dengan mensasarkan 60% pensyarah UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu menghasilkan penerbitan.

3. Memastikan sekurang-kurangnya lima (5) perundingan didaftarkan di Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni.

4. Menjalankan aktiviti keusahawanan kepada pelajar yang dilihat berpotensi sekurang-kurangnya tiga (3) aktiviti setahun.

5. Memastikan satu (1) MoU / MoA ditandatangani dalam setahun.

6. Memastikan penyertaan pensyarah dalam pertandingan atau pameran inovasi dalam atau luar negara sekurang-kurangnya dua (2) pertandingan atau pameran setahun


Pelawat

2534344
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
30
1604
9147
2516396
27956
76452
2534344

Your IP: 10.0.31.50
2024-04-20 00:29

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA
Cawangan Terengganu
Kampus Kuala Terengganu
21080 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Malaysia

Phone: +609 - 621 6600
Fax: +609 - 621 6609
 
 
UiTM Bukit Besi Mosque Construction Fund    
       
eBook - Campus Stories      
 Customer Feedback Complaint Form