UNIT PENGURUSAN FASILITI

Image
Nor Hisham Che Azahri
Ketua Unit

Tel : 09-621 6666
  • Bahagian Pengurusan Fasiliti Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu (UiTMCTKKT) ditubuhkan pada 01 Januari 2008 setelah pengambilalihan daripada Kolej Yayasan Terengganu (KYT). 

    Bahagian Pengurusan Fasiliti telah dijenamakan kepada Unit Pengurusan Fasiliti kerana UiTMCTKKT adalah kampus satelit dan dipimpin oleh Jurutera Kampus, Mohd Nahar Syam bin Ismail. Ketua Unit Pengurusan Fasiliti diketuai oleh Nor Hisham Bin Che Azahri yang bertindak sebagai Penolong Jurutera dan dibantu oleh 2 orang Penolong Jurutera Awam, seorang Penolong Jurutera Mekanikal/Elektrik, seorang Penjaga Jentera Elektrik dan 4 orang Pembantu Awam. 
PIAGAM PELANGGAN

  1. Memastikan urusan pentadbiran dilaksanakan dengan pantas dan efisyen selaras dengan kehendak pengurusan dan pelanggan.
  2. Memberi respon kepada surat yang diterima daripada bahagian lain dalam tempoh 4 hari bekerja.
  3. Penghantaran dan penerimaan surat-surat luaran dan dalaman diproses dan diambil tindakan dalam tempoh 2 hari waktu bekerja.
  4. Menambahbaik setiap cadangan yang dikemukakan berasaskan bukti sahih yang diperolehi daripada proses audit
  5. Membuat tindakan susulan keatas setiap aduan yang diterima daripada bahagian-bahagian lain dalam tempoh 7 hari waktu bekerja.
  6. Menyediakan persiapan dan menyusunatur kerusi dan meja di bilik-bilik kuliah menjelang peperiksaan dan semester baru bermula.
  7. Memastikan kawasan kampus sentiasa bersih, selesa, ceria dan selamat digunakan serta kondusif bagi proses pembelajaran dan pengajaran.

PENGENALAN 

Pengurusan Fasiliti adalah satu perkaedahan pengurusan yang strategik dalam menambah dan menjaga semua harta universiti, dengan memberi penekanan kepada sistem perkhidmatan penghantaran agar setiap fasiliti teras (core facility) dan fasiliti sokongan (support facility) untuk melaksanakan aktiviti teras universiti (core university), iaitu, pembelajaran (core activity) dapat berfungsi pada tahap yang terbaik dan efisien bertujuan untuk mencapai tahap alam persekitaran pembelajaran yang selesa lagi kondusif.

OBJEKTIF

1. Memastikan bagi urusan penyambungan kontrak perkhidmatan: Proses pemurnian dokumen tender selesai dalam tempoh 6 bulan sebelum tamat kontrak. 

2. Memastikan bagi urusan pelantikan kontraktor, 100% Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima surat makluman atau selewat – lewatnya 14 hari sebelum tarikh milik tapak.

3. Memastikan bagi urusan tuntutan bayaran kontrak dibuat dalam tempoh berikut: 

i) Kontrak Kerja Konvensional - perakuan bayaran ditandatangani oleh Pegawai Penguasa atau Wakil Penguasa dalam tempoh 14 hari dari tarikh penilaian tapak 
ii) Kontrak Perkhidmatan - semakan bayaran oleh BPF dibuat dalam tempoh 5 hari bekerja Memastikan sekurang – kurangnya 1 aduan inisiatif dilaporkan setiap hari bekerja oleh staf BPF

MISI

Menjuarai pembangunan bumiputera profesional yang tangkas menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak

VISI

Menjadikan UiTM sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan.

Pelawat

2540336
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
277
1132
4758
2525197
33948
76452
2540336

Your IP: 10.0.31.50
2024-04-25 04:31

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA
Cawangan Terengganu
Kampus Kuala Terengganu
21080 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Malaysia

Phone: +609 - 621 6600
Fax: +609 - 621 6609
 
 
UiTM Bukit Besi Mosque Construction Fund    
       
eBook - Campus Stories      
 Customer Feedback Complaint Form