UNIT PENGURUSAN RISIKO

Image
Ts. Mohd Asrul Syafiq Shafie
Penyelaras

Tel : 09-621 6677
  • Unit Pengurusan Risiko UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu terdiri daripada gabungan tiga jawatankuasa. Pelantikan keahlian jawatankuasa dibuat berdasarkan kepada Pekeliling Naib Canselor Bilangan 01 Tahun 2016 (Tadbir Urus Pengurusan Risiko Universiti). Terdapat 3 jawatankuasa utama yang terlibat secara langsung dalam tadbir urus pengurusan risiko universiti iaitu:-

    i) Jawatankuasa Pemilik Risiko (JPR)
    ii) Jawatankusa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
    iii) Jawatankuasa Operasi Bencana Negeri (JOBN)

Fungsi dan Bidang Kuasa JPR

i) Mengesahkan risiko – risiko yang dikenalpasti.
ii) Mengesahkan tahap risiko mengikut keutamaan.
iii) Mengesahkan langkah kawalan yang dicadangkan untuk dilaksanakan.
iv) Meluluskan aktiviti – aktiviti pengurusan risiko di PTJ.
v) Mengesahkan daftar risiko sekurang-kurangnya berimpak tinggi untuk perhatian Tier Strategik.

Fungsi dan Bidang Kuasa JKKP

i) Membantu majikan dalam mewujudkan kaedah – kaedah atau sistem kerja bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja.
ii) Mengkaji semula keberkesanan program – program keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
iii) Menjalankan pemeriksaan tempat kerja.
iv) Menyiasat perkara yang tidak selamat.
v) Menyiasat aduan berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja danmenyediakan laporan siasatan aduan dan cadangan.
vi) Membantu dalam aktiviti promosi keselamatan dan kesihatan.

Fungsi dan Bidang Kuasa JOBN

i) Melaksanakan dasar dan strategi pengurusan bencana dalam mengendalikan bencana di peringkat negeri.
ii) Menyelaras keperluan pengurusan dan bantuan bencana seperti menentukan bantuan logistik dan mengambil alih peralatan/kenderaan yang diperlukan secara sementara kepunyaan jabatan-jabatan/unit (ptj).
iii) Merancang kemudahan dan keperluan kepada mangsa dan petugas – petugas dalam aspek makanan, perubatan, rawatan, pemindahan dan lain – lain bantuan segera.
iv) Menggerakkan Bilik Gerakan Pusat apabila berlaku bencana.
v) Merancang pengwujudan satu bank data mengenai peralatan, kelengkapan dan senarai kepakaran di peringkat Universiti yang diperlukan dalam pengurusan bencana.
vi) Merancang sistem pengumuman dan amaran untuk maklumat staf dan pelajar.
vii) Merancang modul Latihan dan simulasi dari masa ke masa melibatkan jawatankuasa, pasukan sukarelawan, staf dan pelajar.
viii) Menyelaraskan kajian dan mengumpulkan maklumat mengenai potensi dan risiko kejadian bencana di kampus negeri.
ix) Menentu dan menjalankan ‘post mortem’ selepas sesuatu bencana serta memperakukan cadangan – cadangan bagi mengatasi apa-apa kelemahan yang
dikenalpasti.

Pelawat

2538692
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
665
1175
3114
2525197
32304
76452
2538692

Your IP: 10.0.31.50
2024-04-23 16:52

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA
Cawangan Terengganu
Kampus Kuala Terengganu
21080 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Malaysia

Phone: +609 - 621 6600
Fax: +609 - 621 6609
 
 
UiTM Bukit Besi Mosque Construction Fund    
       
eBook - Campus Stories      
 Customer Feedback Complaint Form