INFOSTRUCTURE

Image
Ts. Mohd Asrul Syafiq Shafie
Head of Unit

Unit Infostruktur mula beroperasi pada 1 Januari 2008 seiring dengan penubuhan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu.

Selaras dengan pembangunan kampus perubahan kemudahan IT telah banyak berlaku di kampus ini.

Pada masa ini terdapat 13 buah makmal komputer, sebuah Big Data Lab dan sebuah Smart Classroom di kampus. Kemudahan WiFi juga telah tersedia di kampus dan ditambahbaik dari masa ke masa.

Unit Infostruktur terdiri daripada 6 orang staf yang diketuai oleh seorang Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, 2 orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, 2 orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan 1 orang Juruteknik Komputer Kanan.

Antara fungsi utama Unit Infostruktur adalah :

1. Pentadbiran ICT
2. Operasi sistem maklumat
3. Operasi ICT
4. Infrastruktur ICT
5. Pengurusan audio visual.
Objektif

Unit Infostruktur komited untuk membantu mempertingkatkan kualiti Perkhidmatan IT bagi menghasilkan kampus yang memenuhi keperluan  dan kepuasan pelanggan selaras dengan visi UiTM untuk menjadi Universiti bertaraf dunia melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti yang dipertingkatkan keberkesanannya serta nilai-nilai murni dan etika profesional.
Piagam Pelanggan 
1. 100% internet berjaya dicapai oleh pengguna di kawasan kampus.
2. Memastikan Aduan ICT yang dimasukkan ke Sistem Aduan ICT (unit.uitm.edu.my) disiapkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja (1st level maintenance).
3. 100% peralatan ICT (PdP) dalam keadaan baik dan dapat digunakan sebelum setiap semester bermula.
4. 100% peralatan AV (PdP) dalam keadaan baik dan dapat digunakan sebelum setiap semester bermula.

Visitors

3140385
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
851
1566
9065
3108771
63059
71719
3140385

Your IP: 10.0.31.50
2024-11-21 11:29

Contact Us

Universiti Teknologi MARA
Cawangan Terengganu
Kampus Kuala Terengganu
21080 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Malaysia

Phone: +6011 - 15587229 (Unit Hal Ehwal Akademik)

 
 
UiTM Bukit Besi Mosque Construction Fund    
       
eBook - Campus Stories      
 Customer Feedback Complaint Form