Events Calendar

Program Merah Warna Darahku UiTM 2022 Siri Ke-3
Tuesday 15 November 2022, 08:00am - 05:00pm
Hits : 692
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

PROGRAM MERAH WARNA DARAHKU UiTM 2022 SIRI KE-3 adalah satu program anjuran bersama antara Unit Kebudayaan, Sekretariat Rukun Negara dan Kelab Kerabat Kebudayaan dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara (Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu).

Program ini berkonsepkan pertandingan video patriotik secara dalam talian bermula 16 September hingga 15 November 2022. Program patriotik ini telah berjaya dianjurkan bermula tahun 2020 dengan siri yang pertama dengan berkonsepkan seni budaya bagi bersama menaikkan semangat cintakan Negara Malaysia.

Terdapat 2 kategori dipertandingkan :
1. Kategori Pensyarah UiTM Cawangan Terengganu
2. Kategori Staf Pentadbiran UiTM Cawangan Terengganu


Cara penyertaan :

1. Rakam video bertemakan patriotik (berpuisi/ bersajak/ bercerita/ menyanyi/ berpantun/ melukis secara time lapse dan sebagainya) dengan durasi minimum 1 minit dan hantar ke https://forms.gle/GK1RVYpcq6bu8rog9

atau

2. Rakam suara dengan bertemakan patriotik (berpuisi/ bersajak/ bercerita/ menyanyi/ berpantun dan sebagainya) dengan durasi minimum 1 minit dengan menggunakan voice note di aplikasi WhatsApp dan hantar ke :
http://www.wasap.my/6098400319

Setiap pemenang & peserta akan menerima SIJIL DIGITAL & HADIAH MENARIK dari pihak penganjur.

Pemenang & peserta dari kategori PENSYARAH juga akan turut membantu menaikkan markah FAKULTI masing-masing di FESTIVAL SENI BUDAYA UiTM CAWANGAN TERENGGANU 5.0 yang bakal diadakan bermula 26 Oktober ini bagi merebut ANUGERAH FAKULTI TERBAIK.
Antara aktiviti utama dalam FESTIVAL SENI BUDAYA UiTM CAWANGAN TERENGGANU 5.0 ini adalah Pertandingan seni budaya antara 9 fakulti di UiTM Cawangan Terengganu. Sebanyak 12 pertandingan bagi kategori mahasiswa dan 1 kategori pensyarah (Program Merah Warna Darahku 2022 Siri ke-3).


Sekian terima kasih

Yang menjalankan tugas,

AIENSYAH ALAM SHAH
Ketua Unit Kebudayaan
Bhg. Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Terengganu

Visitors

2533825
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1115
1461
8628
2516396
27437
76452
2533825

Your IP: 10.0.31.50
2024-04-19 14:48

Contact Us

Universiti Teknologi MARA
Cawangan Terengganu
Kampus Kuala Terengganu
21080 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Malaysia

Phone: +609 - 621 6600
Fax: +609 - 621 6609
 
 
UiTM Bukit Besi Mosque Construction Fund    
       
eBook - Campus Stories      
 Customer Feedback Complaint Form