TAKLIMAT KESEDARAN KANSER SERTA PENERANGAN TENTANG MAKNA
Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera
Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Dimaklumkan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dengan kerjasama Unit Pentadbiran UiTMCTKKT akan menganjurkan taklimat berkenaan sebagaimana berikut:
Tarikh : 20 Julai 2022 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Lestari UiTMCTKKT
Objektif taklimat ini adalah untuk memberi penerangan mengenai penyakit kanser di Malaysia, peranan MAKNA dalam membantu pesakit kanser yang kurang berkemampuan serta tips pencegahan kanser.
Sehubungan dengan itu, Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri taklimat berkenaan. Jam latihan akan diberikan.
Segala kerjasama yang diberikan, pihak kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
b.p. Penolong Pendaftar Kanan