PROGRAM KECERIAAN STAF UiTMCTKKT
Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera
Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
Sempena Minggu Kampus Lestari yang sedang berlangsung (19/6 – 24/6/2022), Unit Pentadbiran dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat, Unit Pengurusan Fasiliti, Unit Sukan dan Unit Kesihatan UiTMCTKKT akan menganjurkan “PROGRAM KECERIAAN STAF” yang mana pengisian program adalah seperti berikut :
Tarikh : 23 Jun 2022 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
Penglibatan : Semua staf - Staf Akademik yang tidak terlibat dengan kelas, boleh turut menyertai mana-mana program yang disediakan.
Senarai Program :
1. Let’s Fun and Run
2. Pemeriksaan kesihatan(Semak Sihat)
3. Gotong-royong Cuci Paving Blok
4. Gotong-royong memasak
Sehubungan dengan itu, Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai program berkenaan.
Sekian, terima kasih.