Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Bersempena Karnival UiTMCTKKT, Unit Kualiti, UPF dan ICAN UiTMCTKKT akan menganjurkan Program Kitar Semula 3R dan pengumpulan e-waste dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Terengganu, RD Paper, dan KT Wan.
Program pengumpulan akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 14 – 20 Mei 2023
Tempat : Blok Sarjana, UiTMCTKKT (pagar belakang Blok E)
Masa: 9.00 Pagi - 5.00 Petang
• Sila rujuk senarai barang-barang yang boleh dibawa seperti tertera di poster. Mohon asingkan (ikat) barangan mengikut kategori kerana harga setiap jenis barang adalah berbeza. (senarai barang: surat khabar, majalah, kertas putih (helaian), kotak, kertas campur, buku, aluminium, tin, botol plastic, balang biskut, botol softlan/detergen, e-waste)
• Sumbangan hasil pendapatan yang diperolehi daripada penjualan barang kitar semula akan disalurkan sepenuhnya kepada UiTMCTKKT.
• Mohon penyumbang mengambil gambar bukti penghantaran & scan QR kod yang disediakan di tempat pengumpulan. : https://forms.gle/bzc5nRQ9cRRarvNn6
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Ummu Fatihah: http://www.wasap.my/60194625258 atau
Nur Idalisa : http://www.wasap.my/60139955294
Jom bersama-sama kita mengumpul untuk dikitar semula disamping menyumbang pendapatan kepada kampus kita. Surat penghargaan akan diberikan kepada penyumbang.
Terima kasih.