Assalamualaikum wbt & salam sejahtera,
Sebagaimana makluman Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan, acara larian dan perasmian sukan staf UiTMCTKKT akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 16 Mei 2023 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Berkumpul di tempat letak kenderaan blok A
Pakaian : Baju sukan kumpulan
Pengecualian kelas pada 16 Mei 2023 pada jam 8.00 - 10.00 pagi juga telah DILULUSKAN. Surat kelulusan akan disertakan kemudian. Diharap semua tiada kekangan untuk turut sama menyertai acara ini. Untuk makluman juga, makan pagi akan diadakan secara POTLUCK. Oleh itu, pihak penganjur memohon jasa baik semua untuk sama-sama membawa sedikit sebanyak makanan untuk majlis kita pada hari esok. Jasa baik semua didahulukan dengan ucapan terima kasih.