UiTM (Terengganu) Kampus Kuala Terengganu yang dulunya dikenali sebagai Kolej Yayasan Terengganu (KYT), iaitu sebuah Kolej Bersekutu UiTM yang pertama di Malaysia.  Bermula pada 18 Disember 1991, satu M.O.U antara Yayasan Terengganu dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah melahirkan Kolej Bersekutu yang pertama yang berfungsi sebagai Institusi Pendidikan yang bertujuan membantu anak tempatan untuk berdaya saing dalam pelbagai  bidang.Pada Selasa 01 Januari 2008, UiTM telah bersetuju untuk mengambilalih KYT secara lock, stock and barrel untuk dijadikan UiTM (Terengganu) Kampus Kuala Terengganu. Pada masa ini UiTM (Terengganu) Kampus Kuala Terengganu menempatkan lebih 1000 orang siswa siswi dan akan bertambah dari masa ke semasa dan turut mengalami pembangunan infrastruktur yang sejajar dengan keperluan semasa.

   

Antara program yang ditawarkan di UiTM (Terengganu) Kampus Kuala Terengganu adalah:-

Program Sijil (MDAB)
1. PD007 - Pra Sains

Program Diploma
1. CS110 - Diploma Sains Komputer

Program Ijazah
1. CS230 - Bachelor of Computer Science (Hons)
2. CS244 - Bachelor of Information Technology (Hons) Business Computing
3. CS247 - Bachelor of Science (Hons) Computational Mathematics