Ketua Bahagian
Pustakawan Kanan

Khairuddin Salleh
Tel: 609-6216644
Emel:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Perpustakaan Cendekiawan Kuala Terengganu mula beroperasi pada 1 Januari 2008 yang mulanya merupakan Perpustakaan Kolej Yayasan Terengganu. Sejajar  dengan penukaran status kepada UiTM Kampus Kuala Terengganu, Perpustakaan mula mengorak langkah dengan melakukan pelbagai perubahan fizikal dan bahan-bahan perpustakaan bagi memenuhi keperluan proses pembelajaran dan pengajaran.

Perpustakaan Kampus Kuala Terengganu diketuai oleh seorang Pustakawan dan dibantu oleh enam orang Pembantu Perpustakaan dan dua orang Pembantu Pemuliharaan. Keahlian dibuka kepada semua staf, pensyarah dan pelajar UiTM Kampus Kuala Terengganu yang mendaftar dengan melengkapkan borang yang telah disediakan di perpustakaan.

OBJEKTIF

  • Mempertingkatkan keberkesanan penggunaan sumber-sumber(manusia, peralatan, sistem, koleksi dan ruang).
  • Membentuk staf perpustakaan yang berintegriti dan berakauntabiliti serta mempunyai jati diri dan mengamalkan nilai-nilai murni serta berusaha menjadikan staf perpustakaan berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif dan berfikiran terbuka.
  • Mewujudkan tenaga kerja yang terlatih, mempunyai pelbagai kemahiran, beretika tinggi, proaktif dan semangat berpasukan melalui latihan pendidikan yang berterusan serta peningkatan dalam kerjaya.
  • Menjadikan Perpustakaan UiTM Terengganu cemerlang dari aspek kepelbagaian sumber ilmu yang terkini dan komprehensif, perkhidmatan dan kemudahan ICT yang mantap melalui penambahbaikan proses kerja dan keberkesanan kos.
  • Menjadikan perpustakaan UiTM Terengganu sebagai pusat maklumat cemerlang dari aspek perkhidmatan pelanggan.
PIAGAM PELANGGAN
  • Mengendalikan Program Pendidikan Pengguna bagi setiap permohonan warga UiTM 
  • Pinjaman dan Pemulangan  buku dapat  dilakukan dalam masa 5 saat.
  • Memastikan pendaftaran pengguna Pusat IT dilakukan dalam masa 2minit.
  • Memastikan setiap jurnal/majalah baru boleh dirujuk dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan.
  • Mengambil tindakan ke atas cadangan dan pesanan daripada pelanggan dalam tempoh 3 hari bekerja (Unit Pembangunan Sumber Ilmu).
PAUTAN

Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan Cendekiawan

+609 621 6709
 
Semasa Semester
Ahad - Rabu | 8.30 pagi - 10.30 Malam
Khamis    | 8.30 pagi - 5.45 petang
Jumaat / Sabtu | TUTUP
 
Cuti Semester
Ahad - Rabu  | 8.30 pagi - 4.45 petang
Khamis | 8.30 pagi - 3.15 petang
Jumaat / Sabtu | TUTUP
 
Cuti Umum | TIDAK BEROPERASI / TUTUP
 
Ramadhan
Malam | TIDAK BEROPERASI / TUTUP
 
 

Perkara dilarang

Perkara - Perkara yang dilarang didalam Perpustakaan

1.  Tidak memakai Kad pelajar
2.  Bercakap dengan kuat
3.  Makan & Minum
4.  Merokok
5.  Membuang sampah merata-rata
6.  Memunggah atau menyepahkan bahan
7.  Tidak menyimpan kembali bahan pada tempat yang disediakan
8.  Membawa keluar bahan tanpa membuat pinjaman
9.  Menggunakan kad pelajar lain untuk membuat pinjaman
10. Berkelakuan Sumbang
11. Menggunakan Telefon Bimbit