Ketua Bahagian
Penolong Pendaftar Kanan

Pn. Aishah Raidah Ab Rahman
Tel: 609-6216622
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Bahagian Pentadbiran merupakan antara bahagian terpenting di UiTM (Terengganu) Kampus Kuala Terengganu bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pentadbiran dan sumber manusia.  Fungsi bahagian ini adalah:

  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Pembangunan Sumber Manusia
  • Pentadbiran Am
  • Pengurusan Kenderaan
  • Pengurusan Khidmat Pelanggan

Bahagian Pentadbiran diketuai oleh Penolong Pendaftar Kanan, dibantu oleh Pegawai Eksekutif serta tiga (3) orang Pembantu Tadbir, dua (2) orang Pegawai Khidmat Pelanggan, Sembilan (9) orang pemandu dan seorang Pembantu Am Pejabat.

OBJEKTIF

Mewujudkan pengurusan yang cekap dan berkesan melalui sistem pengurusan yang mudah dan pantas serta perkhidmatan berfokus kepada pelanggan melalui penerapan nilai-nilai murni dan amalan Pengurusan Kualiti Menyeluruh.

FALSAFAH

Bahawa staf merupakan aset yang paling bernilai dan berpotensi untuk memberi sumbangan yang positif serta membina kepada perkembangan dan kemajuan universiti bertaraf dunia.

VISI

Bahagian Pentadbiran sebagai Pusat Kecemerlangan Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia yang menyokong dan mendorong ke arah pencapaian Visi, Misi serta Objektif Universiti.

MISI

Membangunkan sistem dan proses pengurusan berorientasikan masa depan.

PIAGAM PELANGGAN

 

  • Memastikan semua pekeliling, kursus, seminar dimaklumkan serta diedarkan setelah diterima dalam tempoh satu (1) hari.
  • Menguruskan pembayaran bil telefon, rawatan perubatan, penyelenggaraan kenderaan dan penggunaan minyak dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh diterima.
  • Memproses permohonan perkhidmatan kenderaan mengikut tarikh tempahan dalam tempoh satu (1) hari.
  • Menguruskan semua surat masuk dan menyerahkan kepada Ketua Jabatan pada hari yang sama setiap hari bekerja.
  • Menyediakan maklumat berkaitan dengan perjawatan dan perkhidmatan kakitangan dalam tempoh satu (1) hari.

Kaunter Perkhidmatan Pentadbiran

+609 621 6700
+609 621 6709
 
Bilik Mesyuarat Utama : +609 621 6610
Bilik Pemandu : +609 621 6612
 
Waktu Urusan
Ahad - Rabu | 8.00 pagi - 5.00 Petang
Khamis    | 8.00 pagi - 3.30 petang
Jumaat & Sabtu | TIDAK BEROPERASI / TUTUP