SOAL SELIDIK PERSEPSI STAF DAN PELAJAR TERHADAP SISTEM PENGURUSAN KUALITI PUSAT TANGGUNGJAWAB

Assalamualaikum Wrt. Wbt. dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan

PELAKSANAAN SOAL SELIDIK PERSEPSI STAF DAN PELAJAR TERHADAP SISTEM PENGURUSAN KUALITI PUSAT TANGGUNGJAWAB

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) akan melaksanakan soal selidik persepsi semua staf dan pelajar terhadap Sistem Pengurusan Kualiti Pusat Tanggungjawab secara atas talian bermula 25 Julai 2022 hingga 25 Ogos 2022.

3. Soal selidik ini dicapai melalui pautan seperti berikut menggunakan komputer, tablet ataupun telefon bimbit.

a) Staf - https://www.surveymonkey.com/r/akncstaf2022
b) Pelajar - https://www.surveymonkey.com/r/akncpelajar2022

4. Oleh itu, diharap Ketua Unit Kualiti dapat memastikan semua staf dan pelajar dapat menjawab soal selidik ini bagi melihat keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti di Pusat Tanggungjawab. Bersama-sama ini disertakan sesalinan surat berkenaan perkara tersebut untuk makluman dan rujukan.

5. Sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada Puan Siti Norul’Ain Mohd Azizi, Penolong Pendaftar Kanan di talian 03-5543 5711 atau Puan Hairina Ahmad Bakri di talian 03-5543 5713 atau emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

6. Perhatian dan kerjasama tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
3876683
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
8011
6827
21705
3791337
504045
490530
3876683

Your IP: 10.0.31.50
2022-09-27 11:52

Hubungi UiTMCT

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu, MALAYSIA.

Telefon : +609 8400 400
Faks     : +609 8400 107

Pertanyaan Umum: Unit Komunikasi Korporat
Emel: unitkorporattganu@uitm.edu.my

 

 

e-Book Cerita Kampus