KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) UiTM PERINGKAT ZON TIMUR 2023

Assalamualaikum wrt. wbt. & Salam UiTM Di Hatiku

YBhg.Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) UiTM PERINGKAT ZON TIMUR 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Cawangan Terengganu telah dipilih sebagai penganjur Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) UiTM Peringkat Zon Timur bagi tahun 2023. Konvensyen KIK ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan dan pelaksanaan aktiviti KIK di kalangan warga UiTM serta menilai dan mengiktiraf hasil kumpulan dalam bidang inovasi dan kreativiti.

Sehubungan dengan itu, sukacita dijemput semua warga UiTM untuk sama-sama memeriahkan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) UiTM Peringkat Zon Timur 2023 yang akan disiarkan secara langsung menerusi platform YouTube UiTM Cawangan Terengganu seperti ketetapan berikut:

Majlis Perasmian Pembukaan:
Tarikh : 18 September 2023 (Isnin, hari ini)
Masa : 9.00 - 9.45 pagi
Pautan : https://youtube.com/live/bunHFGLJCF8?feature=share

Majlis Penutup dan Pengumuman Pemenang:
Tarikh : 20 September 2023 (Rabu)
Masa : 9.00 - 11.00 pagi
Pautan : https://youtube.com/live/6de2OnTe5Jc?feature=share

Pautan buku program: http://tinyurl.com/bukuprogramKIKzontimur