Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada tiga (3) Kumpulan KIK (Ganding, Special Force BB dan BBC) yang bertanding mewakili UiTM Cawangan Terengganu dalam Konvensyen KIK Peringkat Zon Timur UiTM 2022

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan Salam Sejahtera 

 

Alhamdulillah, Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada tiga (3) Kumpulan KIK (Ganding, Special Force BB dan BBC) yang bertanding mewakili UiTM Cawangan Terengganu dalam Konvensyen KIK Peringkat Zon Timur UiTM 2022.

Unit Pengurusan Kualiti, UiTMCT mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pengurusan Tertinggi UiTMCT atas sokongan yang diberikan. 

Ucapan terima kasih juga ditujukan buat Pakar Rujuk KIK iaitu Cik Zuraini binti Jusoh atas ilmu yang disampaikan dalam bengkel-bengkel KIK, juga atas kesudian bersama-sama bergandingan dalam membentuk kumpulan KIK UiTMCT.

Terima kasih atas sokongan padu dan komitmen yang diberikan serta hasil kerja terbaik dari Team Studio UiTMCT, staf Infotech dan BPF atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan Konvensyen KIK Peringkat Zon Timur UiTM 2022 kali ini.

Jalinan ukhwah, persahabatan, usaha dan semangat kerja berpasukan yang ada sepanjang penganjuran KIK diharap akan dapat terus digunapakai dalam menjalankan tugas hakiki kini dan akan datang. 

Semoga kemenangan hari ini akan menjadi pemangkin dan seterusnya menyuntik lagi semangat kumpulan-kumpulan baru KIK UiTMCT di masa hadapan.  

Berikut ialah senarai kemenangan yang digapai oleh Kumpulan KIK UiTMCT:- 

Tempat ke 3 keseluruhan: Special Force BB 

Anugerah Gold :

Kumpulan Ganding

Kumpulan Special Force BB

Kumpulan BBC

 

Anugerah Penjimatan  Kos Sebenar Terbaik : Special Force BB

Anugerah Persembahan Terbaik : Ganding

Anugerah Kumpulan KIK Berpotensi : BBC

Anugerah Pembentang Wanita Terbaik : Ts. Dr. Rajeswari A/P Raju (Ganding)

 

Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan!

9110280
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
2670
6711
31110
9015543
152873
227736
9110280

Your IP: 10.0.31.50
2024-10-17 12:12

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu, MALAYSIA.

Tel     : +609 8400 400
Faks   : +609 8400 107

 

 

e-Book Cerita Kampus