Assalamualaikum wrt. dan Salam Sejahtera
Tuan/Puan
MAKLUMAN KEPADA SEMUA STAF BAGI PELAKSANAAN KAJIAN UiTM HAPPINESS INDEX 4.0 (UHI 4.0) EDISI KEDUA COVID-19
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kajian UiTM Happiness Index 4.0 Edisi Kedua COVID-19 dilaksanakan bermula pada 3 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021. Kajian UHI 4.0 Edisi Kedua COVID-19 ini dijalankan secara atas talian melalui platform Survey Monkey di seluruh Kampus Cawangan UiTM, termasuk Sabah dan Sarawak.
3. Untuk pengetahuan umum, kajian UiTM Happiness Index telah berjaya dijalankan pada tahun 2017 (UHI), 2018 (UHI 2.0) dan 2020 (UHI 3.0) dalam kalangan staf akademik dan pentadbiran. Hasil dari dapatan kajian, beberapa isu telah diutarakan dan telah mendapat perhatian daripada pihak pengurusan tertinggi UiTM. Dapatan kajian UHI 3.0 telahpun dikongsi bersama staf di seluruh cawangan/kampus UiTM pada tahun 2019. Kajian UHI 4.0 diteruskan bagi mengukur Indeks Kegembiraan Staf semasa dalam tempoh pandemik 2021.
4. Disertakan surat iringan pelaksanaan Kajian UHI 4.0, poster UHI 4.0 Edisi Kedua COVID-19, Survey Monkey link https://www.surveymonkey.com/r/ZVBKYKM dan QR Code UHI 4.0 untuk tindakan semua staf UiTM.
5. Bagi staf yang telah mengisi maklumbalas tersebut, tuan/puan perlu mengisi google form di bawah sebagai pengesahan tindakan https://forms.gle/dViPDcPZSTmpah8D7
6. Kerjasama dan sokongan padu dari pihak tuan/ puan amat diharapkan bagi menjayakan Kajian UHI 4.0 Edisi Kedua COVID-19.
Sekian, dimaklumkan
- Administrator
- Uncategorised
- Jumlah paparan: 1227