Jemputan Istimewa: Seminar Peradaban Islam dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM Siri MADANI Sesi 10/2024)

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Selamat Sejahtera,

Kami dengan sukacitanya ingin menjemput anda untuk menyertai Seminar Peradaban Islam dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM Siri MADANI Sesi 10/2024) yang akan diadakan pada:

23 OKTOBER 2024
di Dewan Aspirasi, UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun.

Seminar ini adalah hasil kerjasama antara Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan Terengganu dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Bertemakan “Revitalisasi Kecemerlangan Tamadun Islam: Pemangkin Kesejahteraan Masyarakat Madani”, seminar ini bertujuan untuk meneroka dan memperkukuhkan pemahaman tentang warisan serta kecemerlangan Tamadun Islam dalam konteks masyarakat Madani masa kini.

Yuran Penyertaan:
📝Pembentang Bersemuka (bukan pelajar): RM150 / USD50
📝Pembentang Dalam Talian (bukan pelajar): RM100 / USD30
📝Pembentang Bersemuka dan Dalam Talian (pelajar): RM100 / USD30
📝Peserta Dalam Talian dan Bersemuka: PERCUMA ‼️

Kenapa Anda Perlu Hadir?
⭐ Perkongsian Pengetahuan: Peluang untuk mendalami dan berbincang mengenai tamadun Islam dan peranannya dalam masyarakat moden.
⭐ Jaringan Profesional: Bertemu dan berkolaborasi dengan akademik dan pakar dalam bidang ini.
⭐ Platform Inovasi: Menjadi sebahagian daripada inisiatif untuk memajukan dan mengangkat tamadun ini melalui dialog dan kerjasama.

Kami berharap kehadiran anda akan memeriahkan lagi seminar ini dan memberi impak yang besar dalam mempromosikan dialog, kerjasama, dan inovasi demi kebaikan bersama.

Jangan lepaskan peluang ini!

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari laman sesawang:
https://spikem2024.my.canva.site/seminar-peradaban-islam

atau hubungi kami:
PIC 1: Dr. Farah Safura binti Muhammud
https://wa.link/76vkb6
PIC 2: Ustazah Rubiah binti Abu Bakar
https://wa.link/c3zuji

atau emel kami di:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kami menantikan kehadiran anda dengan penuh harapan!

Sekian, terima kasih.

Sekretariat SPIKEM Siri MADANI Sesi 10/2024
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun
FB Rasmi:
https://www.facebook.com/acis.uitmct?mibextid=LQQJ4d

9114380
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
2109
4661
35210
9015543
156973
227736
9114380

Your IP: 10.0.31.50
2024-10-18 10:15

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu, MALAYSIA.

Tel     : +609 8400 400
Faks   : +609 8400 107

 

 

e-Book Cerita Kampus