Bahagian Pentadbiran

Bahagian Pentadbiran bertanggungjawab menguruskan pentadbiran dan sumber manusia. Fungsi jabatan ini meliputi pengurusan sumber manusia, pembangunan sumber manusia, pengurusan perkhidmatan, pengurusan kenderaan, kemudahan dan kebajikan serta governan dan sekretariat. Bahagian ini diketuai oleh Timbalan Pendaftar Kanan dan dibantu oleh 32 staf pentadbiran di Kampus Dungun iaitu Penolong Pendaftar Kanan, Pegawai Eksekutif Kanan, Kerani Kanan, Kerani, Pembantu Operasi Kanan, Pembantu Operasi, Pemandu Kanan dan Pemandu
OBJEKTIF

Mewujudkan pengurusan yang cekap dan berkesan dengan penerapan nilai dan amalan pengurusan profesionalisme.

MISI

Menawarkan perkhidmatan dan fasiliti sumber manusia di UiTMCT mematuhi profesionalisme.

VISI

Menjadi sebuah pusat pentadbiran yang cemerlang dalam memberikan perkhidmatan sumber manusia selaras dengan visi dan misi UiTM.
  1. Memastikan semua rekod dan dokumen staf dan universiti disediakan, dikekalkan dan disimpan dengan selamat dan menjamin rahsia rasmi seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
  2. Memastikan penyediaan kemudahan pengangkutan yang cekap dan pantas kepada kakitangan dan pelajar.
  3. Memastikan urusan pengambilan kakitangan staf sokongan dibuat dengan adil, saksama dan profesional.
  4. Memastikan kominukasi berkesan di kalangan staf.
  5. Memastikan kakitangan dilindungi sesuai dengan peraturan yang diguna pakai di universiti.
  6. Memastikan hak dan kepetingan staf dijaga dan dilaksanakan dengan amanah dan telus.
8060373
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1375
10245
19029
7983075
116687
207878
8060373

Your IP: 10.0.16.67
2024-07-16 03:27

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu, MALAYSIA.

Tel     : +609 8400 400
Faks   : +609 8400 107

 

 

e-Book Cerita Kampus