Program 'Fun Run sTeps Challenge' di Dataran Tasik Puteri telah terlaksana dengan jayanya

Pada 12 November yang lalu, kerjasama dengan penganjur program iaitu SK Tepus Dungun antara UiTM Kampus Bukit Besi bagi program 'Fun Run sTeps Challenge' di Dataran Tasik Puteri telah terlaksana dengan jayanya. Program ini juga turut dibantu oleh pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah , PDRM, Koperasi Bukit Besi, Unit Amal & beberapa agensi serta NGO lain.
Pihak UiTM telah menghantar 20 sukarelawan dari kelab pelajar Kesurma Uitm Bukit Besi - KRBB & kelab Yours untuk membantu melancarkan program ini.
Program larian ini turut disertai oleh Guru Besar SK Tepus, Pen.Rektor Kampus Bukit Besi, Dr. Baktiar Musa & Pegawai Pendidikan Daerah Dungun Ppd Dungun
Kira-kira hampir 200 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah , pelajar sekolah menengah , pelajar UiTM, guru sekolah serta penduduk setempat disekitar Bukit Besi, AMBS, Jerangau, Pasir Raja dan kawasan sekitar dengan larian sejauh 4.2km turut melalui laluan didalam Kampus Bukit Besi serta laluan yang mampu menyajikan permandangan yang cantik dengan kawasan hutan yang hijau, air Tasik Puteri yang biru & udara yang segar. Program bermula dengan acara senaman dan berakhir pada jam 11 pagi dengan cabutan hadiah utama berupa televisyen yang disampaikan oleh Penolong Rektor.
8734614
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
4943
8551
148665
8458532
4943
356224
8734614

Your IP: 10.0.31.50
2024-09-01 12:20

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu, MALAYSIA.

Tel     : +609 8400 400
Faks   : +609 8400 107

 

 

e-Book Cerita Kampus