Profil UiTM Cawangan Terengganu

Falsafah, Visi, Misi, Objektif Universiti & Nilai Warga UiTM

Falsafah
Setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni agar menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan negara.

Visi
Menjadikan UiTM sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan.

Misi
Menjuarai pembangunan bumiputera profesional yang tangkas menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak.

Objektif

  1. Memperluas akses pendidikan tinggi
  2. Menyediakan Pendidikan bertaraf dunia
  3. Menawarkan program akademik yang memenuhi keperluan pasaran, memacu pembangunan negaradan kemakmuran global
  4. Menghasilkan graduan seimbang berciri keusahawanan yang kompetitif di peringkat global
  5. Mempertingkatkan penghayatan nilai melalui program pengukuhan.
  6. Melestarikan kecemerlangan organisasi melalui tadbir urus yang efektif dan efisien
  7. Menjuarai penyelidikan berimpak melalui ekosistem penyelidikan yang padu
  8. Memperkasa jaringan strategik dengan alumni dan industri
  9. Menyediakan ekosistem terkehadapan yang kondusif untuk kemajuan akademik
  10. Mengawal selia kewangan secara efektif ke arah kelestarian organisasi

Nilai

Kecemerlangan
Mengamalkan kualiti piawai dalaman yang standard bagi memenuhi keperluan dan jangkaan pemegang taruh

Sinergi
Bekerjasama rapat untuk memaksimumkan produktiviti yang memberi manfaat kepada industri dan masyarakat

Integriti
Memupuk nilai kejujuran, hormat dan ketelusan untuk mencapai standard profesionalisme yang tinggi

Sejarah UiTM Cawangan Terengganu

01 July 1975

ITM Kampus Dungun ditubuhkan

Kampus ITM Kampus Dungun di Sura Gate, Dungun, Terengganu mempunyai keluasan seluas 17 ekar yang merupakan peninggalan sebuah syarikat bijih besi yang disewa daripada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT).

01 July 1975

19 Oct 1978

Peletakan Batu Asas Kampus Tetap

Peletakan batu asas kampus tetap UiTM Kampus Dungun telah disempurnakan oleh Almarhun Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Sura Hujung. Kawasan ini meliputi 1,306,536 meter persegi iaitu 342,536 meter persegi di kawasan yang bersempadan pantai Laut China Selatan dan 964,000 meter persegi di kawasan bukit Seberang Sura.

01 Jan 2008

UiTM ambilalih Kolej Yayasan Terengganu (KYT)

UiTM telah bersetuju untuk mengambilalih KYT di Chendering, Kuala Terengganu secara lock, stock and barrel untuk dijadikan Kampus Kuala Terengganu. Kini kampus tersebut menempatkan Fakulti Sains Komputer dan Matematik.

01 Jan 2008

01 Jun 2013

Kampus Bukit Besi dibuka

Kampus ke-3 di Terengganu telah dibuka pada Jun 2013 bagi menempatkan pelajar kejuruteraan di Kampus Bukit Besi, Dungun.
368942
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
2220
2560
36476
314225
39144
75880
368942

Your IP: 10.0.31.50
2021-05-08 23:00

Hubungi UiTMCT

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu, MALAYSIA.

Telefon : +609 8400 400
Faks     : +609 8400 107

Pertanyaan Umum: Unit Komunikasi Korporat
Emel: unitkorporattganu@uitm.edu.my

 

 

Dana Pembinaan Masjid UiTM Bukit Besi