- Administrator
- Uncategorised
- Hits: 68
5th Terengganu Multidisciplinary International Conference (TeMIC 2027)
5th Terengganu Multidisciplinary International Conference (TeMIC 2027) akan diadakan pada 6–8 April 2027 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu, Malaysia secara hibrid (bersemuka dan dalam talian). Bertemakan “Unity in Diversity: Cultivating Multicultural Competence in Academia”, TeMIC 2027 menjadi platform antarabangsa untuk ahli akademik, penyelidik, profesional industri, pengamal dan pelajar pascasiswazah berkongsi hasil penyelidikan, bertukar idea serta membina jaringan kerjasama.
TeMIC 2027 menghimpunkan empat persidangan antarabangsa di bawah satu platform, iaitu
1. Terengganu International Business and Economics Conference (TiBÉC X)
2. International Academic Conference (IAC VIII)
3. International Muamalat Conference (I-MAC IV)
4. International Conference on Engineering & Computing Technologies (ICECT VI).
Persidangan ini mengalu-alukan penghantaran kertas penyelidikan asli, kertas konseptual, kajian kes dan work-in-progress daripada pelbagai bidang yang bersesuaian dengan tema dan bidang persidangan.
Untuk maklumat lanjut berkaitan persidangan, penghantaran kertas dan pendaftaran, sila layari laman web rasmi TeMIC 2027.

