SOAL SELIDIK PENILAIAN KENDIRI TADBIR URUS TANGKAS DI PTJ UiTM (SELF GOVERNING INDEX) 2022

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
YBhg. Datuk/Dato'/Datin/ Profesor/Tuan/Puan

 

SOAL SELIDIK PENILAIAN KENDIRI TADBIR URUS TANGKAS DI PTJ UiTM (SELF GOVERNING INDEX) 2022



  Sukacita dimohon kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Datin/ Profesor/Tuan/Puan untuk mengisi soal selidik ini di pautan: https://bit.ly/SGITangkas-PTJUiTM2022 yang dijalankan bermula daripada 15 sehingga 31 Oktober 2022.


  Untuk makluman, Panduan Pelaksanaan Tadbir Urus Tangkas UiTM (2020-2025) telah menyediakan instrumen Penilaian Kendiri sebagai mekanisme kawalan dan pemantauan oleh PTJ  bagi menentu ukur tahap pelaksanaan tadbir urus tangkas. 



 Pelaksanaan penilaian kendiri ini berdasarkan petunjuk prestasi (PI103 - Self Governing Index yang menyokong Strategic Theme 7: Agile Governance) di dalam Pelan Strategik UiTM2025.  

 Pengukuran adalah berdasarkan sembilan (9) domain yang ditetapkan. Hasil penilaian kendiri akan membantu PTJ dan UiTM untuk mengenal pasti ruang penambahbaikan ke atas pelaksanaan Tadbir Urus Tangkas UiTM berkaitan aspek penyampaian perkhidmatan dan pembuatan keputusan.

 Hasil Penilaian Kendiri ini juga membentuk Indeks Tadbir Urus Tangkas UiTM. Tindakan penambahbaikan akan dilaksanakan berdasarkan dapatan yang diperolehi.

Kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh YBhg. Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan dalam melengkapkan penilaian kendiri ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


b/p 

Pendaftar UiTM

-Kumpulan SGI - Tadbir Urus Tangkas UiTM 2022-


Sekian, terima kasih.

 

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Bahagian Governan dan Sekretariat Universiti
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA

9404064
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1670
6054
36431
9325674
202611
244046
9404064

Your IP: 10.0.31.50
2024-11-30 06:25

CONTACT US

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu, MALAYSIA.

Tel   : +609 8400 400
Faks : +609 8400 107

 

 

 

e-Book Cerita Kampus